[VIDEO] Rakaman tular penduduk buang sampah di luar tong, MPKB kecewa

Tular Rakaman Penduduk Buang Sampah Di Luar Tong Walau Tong Kosong, MPKB: “Usaha Kami Sia-Sia Tanpa Kesedaran”

Rakaman CCTV dikongsi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKBBRI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila kelihatan seorang penduduk membuang sampah di luar tong sampah — walaupun tong tersebut masih kosong.

Dalam kenyataan di laman rasmi mereka, MPKBBRI menegaskan usaha menjaga kebersihan bandar akan jadi sia-sia tanpa kerjasama masyarakat.

“Majlis berusaha menjaga kebersihan, tapi tanpa kerjasama masyarakat, usaha itu sia-sia.
Sampah di luar tong bukan salah siapa kecuali mereka yang masih tiada kesedaran!” tulis MPKBBRI.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial. Ramai yang menyarankan agar kerajaan negeri memperketat undang-undang dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membuang sampah sesuka hati.

Antara komen warganet:
“Kerajaan negeri kena ketatkan undang-undang… letak CCTV, rakam bukti dan saman orang yang buang sampah di luar tong, kecuali tong penuh.”

Ada juga yang meluahkan rasa geram terhadap sikap segelintir masyarakat:
“Menyusahkan pekerja, menyusahkan orang… selekeh dan tak bertamadun.”

“Pemalas… nak angkat masuk dalam tong pun bukan susah!”

Rata-rata netizen turut mengakui kejadian sama banyak berlaku di kawasan lain sekitar Kelantan, menunjukkan tahap kesedaran sivik yang masih rendah dalam kalangan masyarakat.

@thekelantandaily

Tong kosong pun masih buang sampah diluar? 💆 Tular rakaman cctv yang dikongsikan MPKB memaparkan sikap segelintir penduduk yang tiada kesedaran menjaga kebersihan #KelantanDaily #BeritaKelantan #KotaBharu

♬ Accident - Mustafa Yazicioglu



Sumber: Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan