Protes Besar-besaran Jika Tiada Hukuman Berat Terhadap Pelajar Pijak Al-Quran

Pemuda Pas Selangor tidak menolak kemungkinan menggerakkan bantahan awam secara besar-besaran mengikut Akta Perhimpunan Awam sekiranya tiada tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang memuat naik gambar memijak al-Quran di laman Thread.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, selain hukuman berat, penuntut universiti berkenaan perlu ditamatkan pengajian serta-merta dan tidak dibenarkan memasuki mana-mana universiti awam.

Beliau turut mencadangkan hukuman kerja kemasyarakatan berat dan berpanjangan di bawah pemantauan rasmi termasuk khidmat wajib di institusi kebajikan serta program pemulihan sahsiah yang ketat.

Menurutnya, ketegasan negara dalam isu tersebut akan menjadi garis pemisah jelas bahawa kesucian al-Quran tidak boleh dipijak dan agama tidak boleh dijadikan bahan provokasi.

Dalam masa sama, beliau menggesa kerajaan menggubal undang-undang lebih tegas khusus terhadap penghinaan agama Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Katanya, undang-undang tersebut perlu memperincikan bentuk kesalahan, memperkemas takrif penghinaan serta memperuntukkan hukuman lebih berat sebagai pencegahan.

Sementara itu, seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam yang menggunakan nama “Vikneswaran0102” di laman Thread telah ditahan polis selepas memuat naik hantaran gambar memijak al-Quran.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata, penuntut itu direman selama empat hari sehingga 28 Februari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menghina agama lain yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda.

Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian bagi menghantar komunikasi bersifat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu.


Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga setahun dan denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Malaysia Gazette

SHARE:

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan