Wanita minta keringkan sungai, gelang emas hilang

JAKARTA – Sebuah kolam tadahan air terjun di Indonesia terpaksa ‘dikeringkan’ demi mencari gelang emas milik seorang wanita yang hilang ketika berenang, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Sungai Mudal baru-baru ini.

Rakaman video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @fldzh_Ina menunjukkan beberapa petugas berusaha mencari barang kemas tersebut di sekitar kolam yang kering-kontang.

“Saya pasti gelang itu jatuh ke dalam sungai. Saya nampak gelang itu berada di pergelangan tangan sebelum hilang. Saya sudah biasa berenang tanpa menanggalkan barang perhiasan,” kata wanita berkenaan.

Gelang tersebut akhirnya ditemukan tidak lama kemudian oleh dirinya sendiri.

Video itu mencatatkan lebih 550,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Sungai sanggup jadi ‘korban’ demi seorang wanita,” komen seorang pengguna. –Agensi #KelantanDaily

TERKINI

Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Bukan Lagi Untuk Kayangan, HPUSM Tawar IVF Dengan Kos Jauh Lebih Rendah
|
Rawatan persenyawaan in vitro (IVF) kini bukan lagi sesuatu…
PGA Serbu Kilang Kayu Di Kuala Krai, Rampas Kayu Tidak Bercukai Bernilai RM1 Juta
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu sebuah kilang kayu yang…
Cuaca Panas Buatkan Itik ‘Merajuk’ Enggan Bertelur, Hilang Selera Makan
|
Seorang penternak itik telur di Kampung Sering, Kota Bharu…
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’, Kisah Hidup Prof Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Dari Kelantan
|
‘Lebih Melayu Daripada Melayu’ Nama Profesor Datuk Dr Teo…
Jawatan Kosong Kelantan