Sungai Kelantan meriah, bot nelayan berarak sempena merdeka

TUMPAT – Suasana di Pantai Sri Tujoh, di sini, semalam menjadi meriah apabila sebanyak 53 buah bot nelayan berarak hampir satu kilometer sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena program Gelombang Samudera Madani Kelantan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 lapor Sinar Harian.


Selain mengibarkan Jalur Gemilang, para nelayan turut menghias bot masing-masing sebagai simbol kecintaan terhadap tanah air.


Perlepasan bot tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil, sambil disaksikan lebih 500 komuniti nelayan serta ahli keluarga yang hadir memeriahkan suasana.


Bagi Rodin Jusoh, 62, penyertaannya dalam perarakan bot kali ini adalah pengalaman baharu yang cukup bermakna selepas hampir tiga dekad menjadi nelayan.


“Saya mengambil masa dua hari untuk menghias bot dengan kos kira-kira RM60. Inilah kali pertama diberi peluang berarak sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Seronok tengok semua bot dihias cantik dan ia menjadi kenangan paling berharga,” katanya.


Sementara itu, seorang lagi nelayan, Arifin Harun, 40, berkata, dia tidak dapat tidur lena dua malam kerana terlalu teruja menantikan acara bersejarah tersebut.


“Pengalaman menghias bot bersama rakan-rakan amat menyeronokkan. Saya harap program ini dapat dijadikan acara tahunan kerana ia bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotik malah mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti nelayan,” ujarnya.


Selain perarakan bot, pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan sepanjang program termasuk jamuan rakyat, sukaneka, permainan tradisional serta cabutan bertuah yang berlangsung dari pagi hingga petang. –#KelantanDaily

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!