2 kes kemalangan anggota trafik ketika iringi konvoi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2025 – Seorang lagi anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Razak, berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu, di sini tengah hari tadi.

Kejadian berlaku ketika anggota terbabit sedang mengiringi konvoi delegasi Brazil yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Menurut maklumat awal, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti secara mengejut di laluan tersebut.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.

Satu video berdurasi empat saat berkaitan insiden itu turut tular di media sosial tengah hari tadi, dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya lain.

Menerusi rakaman berkenaan, motosikal anggota polis terbabit dilihat mengalami kerosakan manakala mangsa terbaring di tepi jalan, tidak jauh dari susur masuk ke Pusat Perdagangan Dunia (WTC).

Difahamkan, Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian dalam masa terdekat.

Kemalangan ini merupakan insiden kedua melibatkan anggota JSPT ketika mengiringi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Dalam kejadian berasingan semalam sekitar jam 1.10 tengah hari, seorang lagi anggota JSPT berpangkat Koperal berusia 35 tahun turut cedera selepas motosikal jenis Kawasaki GTR yang ditunggangnya dilanggar sebuah Toyota Hilux di Cyberjaya.

Mangsa mengalami patah betis kiri selain cedera pada pergelangan tangan dan lutut kiri sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

RM6.26 Juta Dadah Dirampas, Ketua Sindiket Bergelar ‘Datuk’ Antara 291 Ditahan
|
Seorang ketua sindiket dadah bergelar 'Datuk' menjadi antara 291…
Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Kerusi Di Rumah Pengasuh
|
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan disahkan meninggal dunia…
Tujuh Beranak Di Tumpat Lega Gangguan Mistik Hilang Selepas Sebulan
|
Sebuah keluarga tujuh beranak di Kampung Kutan Sungai, Tumpat…
SMKA Naim Lilbanat Sekolah Pertama Di Kelantan Miliki Kelas Berasaskan AI
|
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu…
Durian Serendah RM1.30 Sekilo Di Tumpat, Harga Esok Ditentukan Pembeli
|
Lambakan durian musim ini memberi rezeki kepada pencinta raja…
Suami Tetak Isteri Guna Parang Sebab Tegur Jiran Lelaki
|
Seorang suri rumah berusia 40 tahun cedera parah selepas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!