Sempat disuap anak-anak, suami ‘ikut pergi’ selepas 4 hari isteri hamil maut dalam kemalangan

MACHANG – Tragedi menyayat hati di Machang, Kelantan pada 19 Oktober lalu kembali menjadi perhatian apabila suami kepada mangsa wanita yang maut dalam kemalangan itu turut meninggal dunia pagi tadi.

Menurut laporan media tempatan, nahas yang berlaku berhampiran Perumahan PPR Bukit Belah itu melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Vios dan Proton Exora.

Insiden tersebut telah meragut nyawa seorang wanita hamil dikenali sebagai Wan Farahana.

Ketika kejadian, mangsa menaiki kenderaan bersama suaminya, Nurihsan Nordin, serta dua anak kecil mereka. Namun, suami dan anak-anaknya dilaporkan selamat dan hanya mengalami kecederaan.

Difahamkan, Nurihsan baru sahaja pulang ke rumah semalam selepas mendapatkan rawatan di hospital dan sempat bertemu anak-anak serta ahli keluarga.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan meninggal dunia pagi ini.

Berita pemergian Nurihsan dikongsikan sendiri oleh saudara terdekat, Wan Samira, menerusi laman Facebook.



Pemergian pasangan itu mengundang rasa sebak ramai pengguna media sosial, yang turut menzahirkan ucapan takziah dan doa buat keluarga mangsa.



#KelantanDaily

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan