Guru asal Kelantan ulang-alik 400 km sehari demi anak didik

CYBERJAYA – Demi minat mendidik anak bangsa, seorang guru wanita sanggup berulang-alik sejauh hampir 400 kilometer dari Cyberjaya ke Muar setiap hari sejak enam bulan lalu walaupun terpaksa menanggung kos perjalanan melebihi RM2,000 sebulan.

Menurut laporan Sinar Harian, Aisha Hassan, 34, berkata, beliau mula kembali berkhidmat sebagai pendidik di sebuah sekolah kebangsaan di Bukit Kepong pada Mac lalu selepas lima tahun meninggalkan profesion tersebut.

Menurutnya, meskipun perjalanan pergi dan balik mengambil masa hampir lima jam setiap hari, semangatnya tetap kuat untuk meneruskan tanggungjawab sebagai guru Sains sekolah rendah.


“Saya keluar rumah seawal jam 4.45 pagi untuk pastikan tiba di sekolah sebelum jam 7.20 pagi. Waktu balik pula biasanya hampir jam 5 petang baru sampai di rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.


Beliau mengakui sudah membelanjakan lebih RM12,000 hanya untuk kos minyak dan tol sepanjang enam bulan berulang-alik, tidak termasuk perbelanjaan servis kereta yang meningkat akibat jarak perjalanan jauh.


Jarak perjalanan dari Cyberjaya ke Muar hampir 200 km sehala, ini bermakna beliau menempuh hampir 400 km perjalanan sehari (pergi dan balik)


Wanita kelahiran Kelantan itu berkata, meskipun telah membuat permohonan pertukaran lokasi mengajar, keputusan untuk terus berulang-alik tetap dilakukan atas kehendaknya sendiri.


“Ramai rakan guru menasihatkan saya supaya berpindah lebih dekat dengan sekolah tetapi buat masa ini saya tetap mahu berulang-alik,” jelasnya.


Tambah Aisha, ketahanan fizikal dan mental amat penting bagi menghadapi rutin tersebut yang dianggap sangat mencabar.


“Fizikal kena kuat sebab setiap hari memandu jauh memang penat. Tapi saya reda dan yang penting saya dapat terus mengajar dengan tenang,” katanya. –#KelantanDaily

TERKINI

APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
RESET Himpun 20,000 Penyokong, Fokus Bantu PAS Menang PRU
|
Pimpinan Gerakan RESET menegaskan mereka berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000…
Kelantan Catat Kadar Penagih, Penyalahgunaan Dadah Tertinggi – AADK
|
Kelantan terus merekodkan kadar tertinggi penyalahgunaan dadah di Malaysia…
Facebook Dan Messenger Alami Gangguan, Pengguna Di Seluruh Dunia Terjejas
|
Platform media sosial Facebook dan aplikasi Messenger dilaporkan mengalami…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!