Suami isteri hidap penyakit saraf kronik, dua anak pula OKU

KOTA BHARU — Menghidap penyakit saraf kronik dan tidak lagi mampu bekerja, pasangan suami isteri di Kampung Seribong, di sini, kini bergantung hidup kepada bantuan bulanan bagi menyara dua anak orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu, lapor Harian Metro.

Alias Ismail, 62, dan isterinya, Mahani Mamat, 55, diuji apabila dua daripada lima anak mereka, Siti Nur Fazilah, 37, dan Nurul Syafiqah, 19, mengalami masalah pendengaran dan pertuturan sejak kecil.

Alias berkata, anak sulungnya, Siti Nur Fazilah, mengalami masalah berkenaan akibat demam panas sewaktu bayi, manakala Nurul Syafiqah yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra, turut mengalami nasib sama.

“Kami tak pernah anggap mereka beban. Sebelum saya jatuh sakit, saya buat pelbagai kerja kampung dan jadi siak masjid supaya tak susahkan anak-anak.

Tapi sejak tiga tahun lalu saya tak mampu bekerja kerana saraf tersepit di tulang belakang. Doktor kata saya berisiko lumpuh sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Turut hadir, Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Peringat, Wan Azizi Wan Ab Ghani, yang menyantuni keluarga berkenaan.

Alias berkata, isterinya turut menghidap penyakit saraf sejak tahun 2000 akibat masalah autoimun yang menyerang sistem badan sendiri.

“Dulu dia masih boleh buat kerja rumah dan ambil upah mengemas, tapi sejak 2002 jarinya mula mengeras dan tak boleh menggenggam. Kini dia disahkan OKU fizikal dan bergantung kepada ubat seumur hidup untuk kurangkan kesakitan,” katanya.

Pasangan itu perlu hadir rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) setiap tiga bulan sekali, namun perjalanan sering menjadi cabaran.

“Biasanya kami ke hospital naik motosikal. Tapi bila kesihatan tak mengizinkan, saya minta jiran hantar atau naik kereta tambang,” katanya.

Menurut Alias, mereka sekeluarga hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) — RM600 untuknya, manakala isteri dan dua anak OKU masing-masing menerima RM300 sebulan.

“Dua anak lain yang bekerja di Johor Bahru ada kirim sedikit wang, tapi mereka pun ada tanggungan sendiri. Bila duit tak cukup, saya terpaksa berhutang di kedai runcit, beli barang asas saja ikut kemampuan,” katanya.

Tambahnya, mereka kini hidup serba sederhana dengan apa yang ada.

“Nasi dengan budu dan telur rebus pun dah cukup bagi kami. Asalkan boleh alas perut. Kami reda dengan ujian ini dan bersyukur masih diberi kesihatan untuk terus bernafas,” katanya sebak.

Hospital Raja Perempuan Zainab II sambut 16 bayi ‘merdeka’
By KD | |
KOTA BHARU – Seramai 16 bayi dilahirkan di Hospital Raja…
Mydin Kelantan beroperasi sehingga 1 pagi, beri peluang pelanggan guna SARA
By KD | |
KOTA BHARU – Berita gembira buat warga Kelantan! Bermula hari…
109 mangsa lemas Kelantan, Bomba ingatkan supaya berwaspada
By KD | |
KOTA BHARU – Orang ramai diingatkan supaya berwaspada ketika beriadah…



Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03100-29-00090379-3 atas nama Alias Ismail.

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro

TERKINI

[VIDEO] “Hanya Di Kelantan” Masjid Tayang Tazkirah Pada Skrin Gergasi Raih Pujian
|
Tindakan Masjid An-Naim Sri Cemerlang di Kota Bharu menyiarkan…
Kalau Semua Pelakon Kelantan Ini Digabung Dalam Satu Filem, Confirm Meletup!
|
Kalau bercakap tentang pelakon berasal dari Kelantan, industri seni…
Kisah Bekas Bintang Filem Dewasa Dari Jepun Memeluk Islam Selepas Lawatan Ke Malaysia
|
Nama Kae Asakura atau lebih dikenali sebagai Rae Lil…
APM Ambil Masa Lebih 5 Jam Pindahkan Pesakit Obesiti 180kg Di Pasir Mas
|
Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa lebih lima jam…
Pilihan Raya Negeri SG4 Dijangka Diadakan Serentak Dengan PRU16
|
Empat negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan,…
200 Unit Vape Bernilai RM20,000 Dirampas Di Tepi Sungai Golok
|
Cubaan menyeludup 200 unit peranti vape ke Thailand gagal…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!