38 tahun terpisah, adik akhirnya temui abang kandung di Bachok

KOTA BHARU, 12 Okt – Seorang peniaga tidak dapat menahan sebak apabila akhirnya dapat bertemu dengan abang kandungnya yang tidak pernah ditemui sejak dilahirkan, selepas 38 tahun terpisah.

Wan Nurul Hazana Wan Kadir, 38, berkata pertemuan penuh emosi itu berlaku malam tadi di rumah abangnya, Wan Kamaruzzaman Wan Kadir, 51, di Kampung Nipah, Bachok.

Menurutnya, dia ke rumah abangnya bersama suami, dua anak dan ibunya, Che Hafizah Mat, 65.

“Kami tidak pernah berjumpa sebelum ini kerana abang adalah adik-beradik sebapa tetapi berlainan ibu dan dibesarkan di kawasan berbeza,” katanya ketika dihubungi Kelantan Daily hari ini.

Wan Nurul Hazana berkata, arwah ayahnya, Wan Kadir Wan Abdullah, pernah berkahwin dengan lima wanita dan mempunyai lapan anak hasil perkahwinan tersebut.

“Ibu saya adalah isteri kelima dan kami empat beradik hasil perkahwinan terakhir arwah ayah. Semua adik-beradik lain saya sudah jumpa, cuma abang kandung ini sahaja belum,” katanya.

Tambahnya, usaha mencari abang kandung itu dibuat selepas mendapat galakan daripada ibunya yang mahu semua anak berjumpa demi mengeratkan silaturahim dan mengelakkan perkahwinan dengan mahram tanpa disedari.

“Saya mencari abang sejak beberapa tahun lalu. Baru-baru ini saya naikkan status pencarian dalam kumpulan Facebook dan keesokannya adik ipar abang saya hubungi. Tak sangka pertemuan berlaku secepat itu,” katanya.

Katanya lagi, abang kandungnya juga terharu kerana tidak menyangka akhirnya dapat bertemu dengan adik-beradik kandung yang lain setelah sekian lama.



“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Allah serta ibu saya yang tidak pernah jemu mengingatkan tentang adik-beradik lain. Rasa macam mimpi akhirnya kami dapat berpelukan sebagai satu keluarga,” katanya yang mengusahakan kedai makan di Kubang Kerian.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!