[VIDEO] ‘Lapangan terbang KB sibuk dah macam KLIA’

LTSIP ‘Full House’, Suasana Macam KLIA Buat Ramai Terkedu

Suasana di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Kota Bharu semalam mencuri perhatian ramai apabila ribuan pengguna dan pelancong dari dalam serta luar negara membanjiri balai berlepas dan ketibaan hingga kelihatan seperti ‘KLIA’.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @Ben.ebrahem.30, kelihatan kawasan terminal dipenuhi orang ramai sehingga beliau sendiri tertanya-tanya punca kesesakan tersebut.

“Lapangan terbang KB 13 November 2025, full house. Kenapa ramai sangat, cuti tak ada, cuti sekolah pun belum,” katanya.

Di ruangan komen, ramai bersetuju keadaan di LTSIP kebelakangan ini memang semakin padat. Seorang pengguna, Abdullah, memaklumkan suasana itu bukan lagi luar biasa.

“Parking sentiasa penuh, orang keluar masuk tak berhenti. Nak cari tempat duduk pun kadang kena berdiri. Memang rasa macam berada di KLIA versi mini,” tulisnya.

Selain itu, ada juga yang mendakwa pertambahan penerbangan tambahan (extra flights) terutama pada hujung minggu menjadi faktor utama terminal kelihatan lebih meriah berbanding sebelum ini.

“Kalau dulu lengang saja, sekarang setiap kali saya hantar keluarga, mesti ramai orang. Kaunter daftar masuk pun beratur panjang,” ujar seorang pengguna lain.

Perkembangan ini sejajar dengan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang menyebut bahawa LTSIP kini sudah bersedia mengendalikan penerbangan antarabangsa berjadual dan tidak berjadual, sama seperti lapangan terbang di Kuantan dan Ipoh — walaupun LTSIP masih tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa.



Dengan projek naik taraf fasa kedua yang mampu menampung 4 juta penumpang setahun, tidak hairanlah LTSIP dilihat semakin sibuk dan terus berkembang sebagai pintu masuk penting ke Pantai Timur.

@ben.ebrahem.30

kenapa ramai sangat airport ni. cuti takde. cuti sekolah pun belum.. #airport

♬ headlights - Maher Barake Photography




Sumber: @Ben.ebrahem.30, Kosmo

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!