Bayaran STR diawalkan mulai 18 Oktober, cuti sekolah dipanjangkan sempena Deepavali

KUALA LUMPUR – Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Empat bernilai RM2 bilion yang dijadualkan untuk bulan November, akan diawalkan kepada 18 Okt ini bersempena sambutan perayaan Deepavali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata langkah itu bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang sambutan Pesta Cahaya yang akan diraikan pada 20 Okt ini.

Beliau turut mengumumkan kerajaan meluluskan diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena cuti panjang Deepavali sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat yang akan pulang ke kampung halaman.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang keperluan rakyat pelbagai kaum terutama ketika musim perayaan, agar semua dapat menyambutnya dalam suasana gembira dan harmoni,” katanya.

Cuti Sekolah Panjang Sempena Deepavali

Sementara itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua sekolah di seluruh negara akan menikmati cuti tambahan dua hari sempena perayaan tersebut, kecuali Sarawak.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, sekolah Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu) akan bercuti pada 19 Okt (Ahad) dan 21 Okt (Selasa).



Sekolah Kumpulan B (Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) pula akan bercuti pada 21 Okt (Selasa) dan 22 Okt (Rabu).

Sarawak pula diberikan cuti sehari pada 20 Okt (Isnin) bagi sambutan perayaan berkenaan.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Beza Usia 37 Tahun, Suami Akui Isterinya Adalah Cinta Pertama
|
Seorang lelaki berusia 27 tahun mengakui tidak pernah menyesal…
Tampar Polis Selepas Diminta Tunjuk IC, Warga Emas Dipenjara Sebulan
|
Seorang warga emas dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah di…
Penyebaran Agama Islam di UPSI ‘ berat sebelah ‘ – Ronnie Liu
|
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew…
Iran Tutup Semula Selat Hormuz Susulan Serangan Maut Israel Di Lubnan
|
Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz susulan serangan Israel…
Dua Sepupu Remaja Hilang Selepas Keluar Bersiar-Siar Di Kota Bharu
|
Dua remaja perempuan yang juga pasangan sepupu dilaporkan hilang…
Sikap Tamak Punca Pelabur Kelantan Rugi RM5.18 Juta Terperdaya Sindiket Penipuan
|
Sikap tamak dan keinginan untuk meraih keuntungan lumayan dalam…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!