Mayat ditemui berhampiran Sungai Kelantan di Kampung Cina, Kota Bharu

KOTA BHARU – Satu mayat ditemui berhampiran Sungai Kelantan di Jalan Post Office Lama, Kampung Cina di sini malam tadi.

Menurut laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Bharu menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 pada jam 10.27 malam berhubung penemuan tersebut.

Pasukan daripada CD204 dengan kekuatan seorang pegawai, seorang pemandu dan dua anggota lain-lain pangkat bergegas ke lokasi sebelum tiba pada jam 10.52 malam.

Mayat berkenaan ditemui oleh anggota APM Unit Marin bersama orang awam di kawasan berhampiran sungai, belakang Masjid Muhammadi.


Operasi berakhir sekitar jam 1 pagi apabila mayat berjaya dinaikkan sebelum diserahkan kepada Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Selain APM, operasi turut disertai PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Setakat ini, butiran lanjut mengenai identiti mangsa masih belum diperoleh. Laporan tambahan akan menyusul selepas pihak polis mengeluarkan kenyataan rasmi.

KEMASKINI: Polis sahkan mayat reput dijumpai di tebing Sungai Kelantan

#KelantanDaily

TERKINI

Warga Emas 83 Tahun Maut Cedera Parah Di Kepala Di Baung Bayam, Kota Bharu
|
Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki warga emas maut akibat…
Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat
|
Bagi seorang ibu, melihat anak membesar dengan sihat sudah…
Bengkel Buat Bakul Lori Terbakar Di Wakaf Bharu, Kerugian Cecah RM40,000
|
Seorang pemilik bengkel membuat bakul lori mengalami kerugian lebih…
Penghantar Makanan Hilang Kaki, Ibu Rayu Pemandu Langgar Lari Bertanggungjawab
|
Seorang ibu tidak mampu menahan sebak apabila anak lelaki…
Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Jawatan Kosong Kelantan