Ardell ditumbuk, ditarik rambut, PU Rahmat dipaksa tanggal pakaian

KUALA LUMPUR – Sukarelawan Malaysia, Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, menjadi mangsa kekejaman tentera Israel apabila ditarik rambut, ditumbuk di muka dan mengalami kecederaan ketika kapal Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas di perairan antarabangsa.

Menurut laporan Berita Harian, peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Fahmi Abd Moin, berkata maklumat itu diperolehnya selepas berbual dengan Ardell di Istanbul, Turkiye, hari ini.

“Selain Ardell, beberapa sukarelawan lelaki turut berdepan layanan tidak berperikemanusiaan, termasuk Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan atau PU Rahmat yang dipaksa membuka pakaian dengan tujuan untuk memalukan mereka,” katanya kepada media.

Fahmi turut mendedahkan, sukarelawan lain seperti Heliza Helmi dan Hazwani diberikan air paip dari tandas sebagai minuman ketika berada dalam tahanan.

Sebelum ini, seramai 23 sukarelawan Malaysia ditahan tentera Israel pada Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot di padang pasir Negev. Mereka kini sudah berada di Istanbul selepas dibebaskan.

Menurut Fahmi, pihak peguam bercadang mengumpul semua bukti penderaan dan layanan buruk rejim Zionis terhadap sukarelawan GSF untuk difailkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) serta Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).



“Dengan adanya bukti dan keterangan sukarelawan ini, tekanan politik boleh digerakkan untuk mendesak siasatan terhadap rejim Zionis agar mereka dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Selain Fahmi, empat lagi peguam hak asasi manusia yang mewakili sukarelawan Malaysia ialah Dir Kheizwan Kamaruddin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu
|
Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka…
Rempuh Kenderaan PGA, Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan…
UAI Tegur Suami Nikah Senyap-Senyap, Sah Di Sisi Syarak Tapi Tanggung Dosa Berpanjangan
|
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa perkahwinan…
Untung Bukan Keutamaan, Peniaga Di Kota Bharu Kekal Jual Nasi Lemak RM1
|
Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2021 tidak mematahkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!