PGA tumpas lombong emas haram di Gua Musang, 11 individu ditahan

GUA MUSANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan melombong emas haram selepas melakukan pemeriksaan di sebuah kawasan lombong di Sungai Kelaik pada jam 4 pagi, 1 Oktober lalu dalam Op Bersepadu Khazanah.


Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan itu dijalankan oleh dua lelaki Melayu, seorang lelaki Orang Asli, tujuh lelaki serta seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun. Kesemua mereka gagal menunjukkan lesen pelombongan emas yang sah.

Tiga pekerja Indonesia yang ditahan dikesan tinggal lebih masa di negara ini, manakala lima lagi tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Turut ditahan seorang lelaki Cina berusia 41 tahun yang dipercayai pemilik lombong haram tersebut.

Polis merampas pelbagai peralatan melombong termasuk sebuah jentera berat jenis excavator, sebuah mesin pam air dan beberapa peralatan lain. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM520,000.

Kes disiasat di bawah Enakmen Mineral 2001 serta Akta Imigresen 1959/63, manakala suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Kelantan serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut.

#KelantanDaily
Sumber: Briged Tenggara PGA

TERKINI

10 Rakyat Malaysia Dalam Misi Global Sumud Flotilla 2.0 Ditahan Tentera Zionis
|
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia…
Pelajar Parah Dirempuh SUV Di SMK Tanjong Mas Dibenar Keluar Hospital
|
Pelajar perempuan tingkatan satu yang sebelum ini parah selepas…
Langgar Kereta Polis, Pacuan Empat Roda Ditembak Dua Das Sebelum Pemandu Ditahan
|
Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar sebuah…
Lelaki OKU Mental Didakwa Bunuh Bapa Di Baung Bayam
|
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental dihadapkan ke…
Fenomena Bau Asap Waktu Malam Di Kota Bharu Dan Bachok Cetus Tanda Tanya
|
Sejak beberapa malam kebelakangan ini, penduduk sekitar Kota Bharu…
Mangsa Ditembak Pencuri Lembu Di Ladang Kemahang Dibenar Pulang
|
Mangsa yang parah ditembak dipercayai pencuri lembu dalam kejadian…
Jawatan Kosong Kelantan