Heliza Helmi, Zizi Kirana antara 12 rakyat Malaysia ditahan dalam misi Global Sumud Flotilla

KUALA LUMPUR – Seramai 12 rakyat Malaysia termasuk selebriti Heliza Helmi, Zizi Kirana dan Farah Lee disahkan ditahan Tentera Israel selepas kapal yang membawa mereka dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas di perairan antarabangsa awal pagi tadi waktu Malaysia.

GSF yang membawa lebih 40 bot awam bersama kira-kira 500 penumpang dari seluruh dunia termasuk ahli Parlimen, peguam dan aktivis, dalam perjalanan ke Gaza bagi menghantar bantuan ubat-ubatan serta makanan sebelum ditahan secara paksa oleh Israel.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel, kapal-kapal berkenaan sedang dipindahkan ke sebuah pelabuhan di negara itu bersama semua penumpangnya.

Menerusi maklumat dikongsi Sumud Nusantara Official, kesemua 12 rakyat Malaysia terbabit berada di lima kapal berasingan:

  • Kapal Alma: Iylia Balqis, Musa Nuwayri, Sul Aidil
  • Kapal Sirius: Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli
  • Kapal Huga: Zizi Kirana
  • Kapal Grande Blu: Norfarahin Romli (Farah Lee), Danish Nazram
  • Kapal Hio: Heliza Helmi, Hazwani Helmi

Mereka dilaporkan ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel meskipun berada di perairan antarabangsa.

Global Sumud Flotilla yang mendapat sokongan pelbagai negara termasuk Turkiye, Sepanyol dan Itali menjadi simbol penentangan terhadap sekatan Israel ke atas Gaza, dengan konvoi tersebut bertekad menghantar bekalan terus ke wilayah bergolak itu.

#KelantanDaily

TERKINI

Lima Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Dua Sepupu Hilang Di Kota Bharu
|
Polis menahan lima lelaki bagi membantu siasatan berhubung kehilangan…
Wanita Ditahan Jual Beras Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang wanita ditahan selepas dipercayai terlibat dalam penjualan beras…
Dua Beradik Ditahan Simpan Dadah Bernilai RM1.76 Juta Dalam Rumah Di Kuala Terengganu
|
Polis menahan dua beradik selepas disyaki menjadikan rumah mereka…
Rempuh Kenderaan PGA, Lelaki Ditahan Bersama Dadah Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan selepas merempuh kenderaan…
UAI Tegur Suami Nikah Senyap-Senyap, Sah Di Sisi Syarak Tapi Tanggung Dosa Berpanjangan
|
Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan bahawa perkahwinan…
Untung Bukan Keutamaan, Peniaga Di Kota Bharu Kekal Jual Nasi Lemak RM1
|
Tragedi kebakaran yang memusnahkan rumahnya pada 2021 tidak mematahkan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!