Bayi dibawa keluar tanpa kebenaran dari wad HRPZ II ditemui selamat

KOTA BHARU – Seorang bayi perempuan yang dibawa keluar tanpa kebenaran dari Wad Pediatrik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini berjaya ditemui dalam keadaan selamat bersama ibunya pada Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kejadian berlaku pada jam 6.40 petang Ahad sebelum pihak hospital segera mengaktifkan “Kod Pink” sebagai langkah kecemasan.

“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sepasang individu membawa keluar bayi berkenaan. Susulan itu laporan polis dibuat dan operasi pencarian dalaman digerakkan dengan bantuan pasukan keselamatan.

“Lawatan bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Selasa berjaya mengesan bayi itu bersama ibunya yang berusia 29 tahun. Pemeriksaan kesihatan mendapati kedua-duanya berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Zaini turut merakamkan penghargaan kepada PDRM atas tindakan pantas serta kerjasama erat dalam memastikan keselamatan bayi berkenaan.

Beliau menegaskan pihak hospital akan mengambil langkah sewajarnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Siasatan awal mendapati bayi terbabit sebenarnya dilahirkan di rumah sebelum dibawa ke HRPZ II untuk rawatan lanjut, namun sehari kemudian dibawa pulang semula oleh sepasang individu sebagaimana dirakam CCTV hospital.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama

TERKINI

Kerajaan Kelantan Tidak Iktiraf Pelantikan Ketua Rohingya Di Setiap Daerah
|
Kerajaan Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak mengiktiraf pelantikan ketua…
Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!