Tanah Merah Antara 38 Kawasan di Semenanjung Malaysia Catat IPU Tidak Sihat

Tanah Merah menjadi satu-satunya kawasan di Kelantan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang semalam.

Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS), Tanah Merah mencatatkan IPU 155.

Secara keseluruhan, sebanyak 38 kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat pada waktu berkenaan.

Selangor Catat Banyak Kawasan Tidak Sihat

Selangor merekodkan enam kawasan dalam kategori tersebut iaitu Johan Setia dengan bacaan tertinggi 183, diikuti Shah Alam (170), Petaling Jaya (164), Klang (160), Banting (159) dan Kuala Selangor (159).

Di Kuala Lumpur pula, Cheras mencatatkan bacaan 174 manakala Batu Muda 170.

Negeri Sembilan merekodkan bacaan tidak sihat di Nilai (170), Seremban (165) dan Port Dickson (148), selain Putrajaya yang mencatatkan 170.

Beberapa Negeri Lain Turut Terjejas

Di Pulau Pinang, empat kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Minden (166), Balik Pulau (165), Seberang Jaya (160) dan Seberang Perai (158).

Perak pula mencatatkan lima kawasan iaitu Seri Manjung (166), Tasek, Ipoh (164), Tanjung Malim (161), Taiping (157) dan Pegoh, Ipoh (153).

Melaka turut merekodkan tiga kawasan dalam kategori tidak sihat iaitu Bukit Rambai (155), Alor Gajah (153) dan Bandaraya Melaka (145).

Di Terengganu, bacaan tidak sihat direkodkan di Kuala Terengganu (162), Besut (145), Kemaman (141) dan Paka (133).

Pahang pula melibatkan Temerloh (155), Jerantut (152), Indera Mahkota, Kuantan (143) serta Balok Baru dan Kuantan (142).

Sementara itu, Johor merekodkan bacaan tidak sihat di Tangkak (134), Kluang (124) dan Batu Pahat (103).

Di Kedah, Sungai Petani mencatatkan 158 manakala Kulim Hi-Tech merekodkan 155.

21 Kawasan Catat Bacaan Sederhana

Dalam perkembangan sama, sebanyak 21 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Antaranya di Sarawak ialah Kuching (79), Samarahan (67), Sibu (66), IPD Serian (60), Bintulu (58), Mukah (53) dan Miri (52).

Di Sabah pula, Tawau mencatatkan 73, Kimanis (66) dan Keningau (54).

Bacaan IPU boleh berubah mengikut keadaan semasa dan dipengaruhi faktor seperti cuaca serta pergerakan angin.

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!