Najib Diberi Pengampunan Bersyarat, Boleh Jalani Baki Hukuman Secara Tahanan Rumah Hingga 2028

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung pada Jumaat.

Bagaimanapun, pengampunan bersyarat berkenaan tertakluk kepada beberapa syarat, termasuk pembayaran denda sebanyak RM50 juta.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan Najib perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan sepanjang tempoh pengampunan tersebut.

Sekiranya beliau gagal mematuhi mana-mana syarat berkenaan, pengampunan bersyarat itu akan terbatal dan beliau perlu meneruskan baki hukuman di penjara.

“Beliau hendaklah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan sekiranya beliau tidak mematuhi mana-mana syarat tersebut, maka pengampunan bersyarat ini adalah terbatal dan hendaklah secara serta-merta meneruskan baki hukuman di penjara,” menurut kenyataan berkenaan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas mula dipenjarakan pada 23 Ogos 2022 berhubung sabitan kesalahan membabitkan penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dengan keputusan terbaharu itu, beliau dibenarkan menjalani baki hukuman secara tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sumber: Bernama, The Star

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!