Syed Saddiq Sujud Syukur Bebas Sepenuhnya Dari Kes Dana Armada

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan penghargaan kepada ibu bapanya serta tunangnya, Bella Astillah, yang disifatkan sentiasa memberi sokongan sepanjang beliau melalui proses perundangan selama enam tahun.

Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pihak pendakwaan, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan dana Armada Bersatu.

Menurut Syed Saddiq, sokongan keluarga menjadi sumber kekuatan terbesar sepanjang beliau berdepan perbicaraan.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya mama dan abuya. Anda tahu apa yang mereka lalui, terutamanya mama.

"Saya juga berterima kasih kepada tunang saya yang setia bersama. Ia bukan mudah, kerana sebelum ini saya merupakan seorang tertuduh, namun dia tetap bersama saya. Alhamdulillah hari ini saya tidak mengecewakan sokongan dan jasanya," katanya kepada pemberita.

Mengulas mengenai kehidupan peribadinya, Syed Saddiq berkata beliau menerima isyarat positif daripada ibu bapanya berkaitan soal perkahwinan selepas selesai menunaikan sujud syukur.

Syed Saddiq sujud syukur


"Tadi selepas saya sujud syukur, ayah dan ibu saya telah memberikan isyarat positif (mengenai perkahwinan). Tetapi berkenaan ulasan lanjut, mungkin boleh tanya di luar mahkamah nanti kerana saya menghormati institusi ini.

"Saya tidak mahu ini menjadi tentang diri saya atau kehidupan peribadi saya semata-mata," katanya.

Ditanya mengenai hala tuju politiknya, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan beliau masih bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), namun memerlukan sedikit masa sebelum membuat sebarang keputusan mengenai perancangan politik seterusnya.

"Saya sentiasa menjadi sebahagian daripada MUDA. Berkenaan rancangan politik masa depan, berikan saya sedikit masa. Hari ini saya mahu meluangkan masa bersama keluarga dan menyusun semula kehidupan peribadi saya," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa semangat perjuangannya untuk negara tidak akan luntur walaupun melalui pengalaman yang sukar sepanjang enam tahun lalu.

"Api perjuangan untuk membantu membina semula Malaysia tidak akan pernah padam. Enam tahun mengajar saya pengajaran yang sangat berharga. Apabila anda ditolak ke penjuru, apabila tiada harapan atau cahaya di hujung terowong, jangan sesekali abaikan prinsip, integriti dan maruah anda demi jalan keluar yang mudah.

"Walaupun jalan mudah itu nampak menarik, akhirnya kita perlu meletakkan kepercayaan kepada Tuhan dan institusi yang menjadikan negara ini hebat. Selagi kepercayaan itu ada, kita akan mampu mencetuskan perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik," katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan dana Armada Bersatu, sekali gus melepaskan beliau sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman.

Sumber: Astro Awani

TERKINI

Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
KRW FC Tunggu Keputusan FIFA, Sedia Tukar Nama Jika Perlu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengakui mereka bersedia…
Kenapa Pemain Sepanyol Diam Ketika Lagu Kebangsaan Dimainkan Di Piala Dunia?
|
Ramai Sangka Pemain Sepanyol Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Rupanya…
Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!