“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu

Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di Kampung Wakaf Tanjong, Chepa diserang dengan 49 das mercun stadium oleh seorang lelaki bertopeng dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi Isnin.

Menurut laporan Sinar Harian, Nur Shairah Solehah Ahmad Norzaki, 30, berkata ketika kejadian dia baru pulang dari tempat kerja dan sedang membersihkan solekan sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan bertalu-talu yang pada mulanya disangka bunyi tembakan.

"Saya hanya fikir kami semua akan mati malam itu.

Saya tengah cuci muka di tingkat atas, tiba-tiba bunyi letupan kuat bertubi-tubi dan sangkakan ada orang tembak rumah kami.

Saya terus capai tiga anak kecil dan panggil ibu yang sudah terjaga serta turun ke bawah dalam keadaan menggigil," katanya.

Beliau berkata, letupan itu berlangsung kira-kira dua minit dengan cahaya merah memenuhi kawasan hadapan rumah yang turut menempatkan tiga buah kenderaan.

Selepas keadaan kembali tenang, mereka keluar memeriksa kawasan rumah sebelum melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki bertopeng datang ke hadapan rumah, menyalakan mercun stadium dan menghalakannya ke arah rumah sebelum melarikan diri.

Nur Shairah berkata, saksi dari sebuah kedai makan berhampiran turut memaklumkan terlihat sebuah kereta Honda berwarna perak dipercayai digunakan suspek, namun nombor pendaftarannya gagal dikenal pasti.

Menurutnya, sehingga kini seluruh ahli keluarga masih trauma kerana mereka tidak pernah mempunyai sebarang perselisihan dengan mana-mana pihak.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan mereka berharap suspek segera diberkas.

Menurut laporan Kosmo!, ibu mangsa, Kamisah Azid, 55, yang merupakan juruvideo sambilan di sebuah stesen televisyen berkata, ketika kejadian dia sedang bersiap untuk tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan kuat di hadapan rumah.

Katanya, anaknya menjerit memaklumkan terdapat seorang lelaki bertopeng sedang meletupkan bunga api ke arah rumah.

Beliau berkata, seluruh ahli keluarga segera bersembunyi bagi menyelamatkan diri.

Nasib baik letupan tersebut tidak mengenai beberapa buah kenderaan yang diparkir di garaj rumah, namun beberapa bahagian rumah termasuk bumbung dilaporkan mengalami kesan terbakar akibat percikan mercun..

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!