Polis Pantau Pengasas Produk Pamer Kekayaan, Kesan Unsur Pengubahan Wang Haram

Polis Kelantan kini memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang mempamerkan kemewahan luar biasa di media sosial bagi mengesan kemungkinan berlakunya aktiviti pengubahan wang haram.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, walaupun setakat ini tiada petunjuk bahawa aktiviti jualan mereka melibatkan unsur penipuan, tindakan mempamerkan wang tunai dan gaya hidup mewah dalam siaran langsung menarik perhatian pihak polis.

"Mereka kini berada dalam radar kami. Kita pantau dari segi pengubahan wang haram. Kalau ada kesalahan, kita akan ambil tindakan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, individu yang disiasat perlu mengemukakan dokumen sokongan termasuk resit serta rekod transaksi bagi menjelaskan sumber kewangan mereka.

Pamer Kemewahan Untuk Tarik Perhatian

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, tindakan mempamerkan kekayaan secara berlebihan di media sosial lazimnya bertujuan menarik perhatian orang ramai terhadap produk yang dijual.

"Orang nampak kaya, nampak duit berkepuk-kepuk, jadi mereka fikir produk itu laris dan boleh membawa keuntungan besar," katanya.

Orang Ramai Diminta Berwaspada Dengan Scammer

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan pelbagai taktik sindiket penipuan atau scammer, khususnya pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar meningkatkan pengetahuan mengenai modus operandi scammer, mengelakkan menjawab panggilan daripada nombor yang tidak dikenali serta menggunakan platform jual beli yang sah dan dipercayai.

"Kalau ada pelaburan yang menjanjikan untung besar dalam masa singkat, itu perlu dicurigai. Pegang pepatah orang tua-tua, 'Bukan senang nak jadi senang', supaya kita tidak mudah ditipu. Kalau malas sangat membaca, tanyalah ChatGPT bagaimana hendak mengelakkan scammer," katanya.

Sumber: Bernama

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!