Pemuda dari Kelantan yang menjadi tular kerana wajahnya dikatakan seiras bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal, sekali lagi mencuri perhatian ramai.
Kali ini, beliau dijemput sebagai tetamu ke Molek FM untuk berkongsi pengalaman selepas gambarnya tersebar luas di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sebelum ini, gambar pemuda tersebut menjadi viral apabila ramai berpendapat terdapat persamaan pada raut wajahnya dengan pemain Barcelona itu.
Malah, ketika tayangan skrin besar perlawanan akhir Piala Dunia FIFA di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan di Panji, Kota Bharu, ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.
Kemunculan pemuda itu di konti Molek FM sekali lagi mengundang pelbagai komen lucu daripada netizen.
Ikuti video di bawah.
