Kelantan Sedia Saman Pihak Didakwa Cemar Nama Negeri

Dakwaan yang mengaitkan Kelantan sebagai negeri dengan kadar jenayah tertinggi kini mendapat reaksi tegas daripada kerajaan negeri.

Bukan sekadar menafikan dakwaan tersebut, Kerajaan Kelantan turut menyatakan kesediaan untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya terdapat pihak yang didakwa sengaja mencemarkan imej dan reputasi negeri.

Dakwaan Dipersoalkan

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan, dakwaan yang tular itu tidak disokong dengan data rasmi kerajaan yang lengkap.

“Kedua-dua individu melemparkan dakwaan tanpa menggunakan sumber data rasmi kerajaan yang lengkap, sedangkan data diterbitkan agensi kerajaan menunjukkan gambaran yang jauh berbeza.

“Kerajaan negeri menegaskan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut adalah tidak tepat, tidak berintegriti, mengelirukan dan bermotif politik,” katanya.

Seru Berpegang Kepada Fakta

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap kenyataan di Dewan Rakyat perlu dibuat secara bertanggungjawab dan berdasarkan fakta yang sahih.

“Jangan menuduh sembarangan, sebaliknya guna data yang tepat. Barulah menunjukkan kita seorang yang berintegriti.

“Bercakap dalam Parlimen ada peraturannya dan tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ahli-ahli serta rakyat. Sikap sebegitu bagi saya sangat tidak bermaruah,” ujarnya.

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan yang dikaitkan dengan ucapan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Jelutong, R. S. N. Rayer berhubung statistik jenayah di Kelantan.

BERKAITAN:
Fadhli Shaari Minta MP Jelutong Tarik Balik Dakwaan Terhadap Kelantan
[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol


Sumber: Utusan

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!