Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol

Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming, tular di media sosial selepas kandungannya dikongsi secara meluas oleh pengguna pelbagai platform.

Dalam video berkenaan, Nga mendakwa Kelantan yang diperintah PAS selama kira-kira 30 tahun berdepan beberapa isu sosial, antaranya kadar jangkitan HIV/AIDS, kes rogol dan penyalahgunaan dadah.

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Ada yang menyokong hujah tersebut dengan merujuk kepada statistik tertentu, manakala ada juga yang mempertikaikan dakwaan itu serta menyifatkannya sebagai kenyataan yang bersifat politik dan tidak memberikan gambaran menyeluruh mengenai keadaan di Kelantan.

Data Rasmi Dipetik Untuk Pertikai Dakwaan

Seorang pengguna media sosial, Ir. Ts. Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff, tampil mempertikaikan kenyataan Nga Kor Ming yang mendakwa Kelantan mencatatkan kadar tertinggi bagi kes HIV/AIDS, rogol dan penyalahgunaan dadah.

Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau mendakwa kenyataan itu tidak selari dengan data rasmi kerajaan.

Menurut beliau, berdasarkan jawapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Parlimen yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, negeri yang merekodkan kes HIV/AIDS baharu tertinggi ialah Selangor dengan 34.1 peratus, diikuti Kuala Lumpur (11.4 peratus) dan Sabah (10.8 peratus), bukannya Kelantan.

Bagi kes rogol pula, beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 24 Februari 2026 yang memaklumkan Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 3,392 kes, dengan 1,575 kes telah dituduh di mahkamah.

Isu Dadah Turut Disentuh

Mengulas isu penyalahgunaan dadah, Ir. Ts. Dr. Nurul Islam mengakui Kelantan antara negeri yang merekodkan kadar kes yang tinggi bersama Terengganu, Kedah dan Perlis.

Bagaimanapun, beliau berpandangan keadaan itu turut dipengaruhi faktor kedudukan geografi yang berhampiran sempadan Thailand, selain penguatkuasaan berkaitan dadah berada di bawah tanggungjawab agensi Persekutuan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau turut menyifatkan adalah tidak wajar mengaitkan sesuatu masalah sosial secara langsung dengan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengambil kira faktor lain serta data rasmi yang tersedia.

Dalam hantaran sama, beliau menggesa semua pihak supaya berpolitik berasaskan fakta dan memberi tumpuan kepada pembentangan prestasi serta pencapaian pentadbiran, bukannya membuat dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat.

Sumber: Media Point, Nurul Islam Mohamed Yusoff

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!