Wanita Tempatan, Suami Warga Pakistan Ditahan Disyaki Simpan, Jual Rokok Seludup

Kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup terbongkar selepas sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan pasangan suami isteri dalam satu serbuan di Kampung Binjai Manis, Kota Bharu pada petang Sabtu.

Dalam operasi menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu, seorang wanita tempatan berusia 39 tahun bersama suaminya warga Pakistan berusia 31 tahun ditahan bersama 19,600 batang rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM36,748.

Ditahan Dalam Keadaan Mencurigakan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 5.15 petang selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan berkenaan.

Menurutnya, pasukan operasi melihat seorang lelaki dan seorang wanita berada di hadapan rumah dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Hasil soal siasat, mereka mengaku sebagai penyewa rumah tersebut sebelum pemeriksaan menemukan 19,400 batang rokok putih dan kretek yang dipercayai tidak bercukai,” katanya.

Wanita Bantu Suami Simpan Rokok

Siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai berperanan menyewa rumah dan membantu suaminya menyimpan serta menjual rokok seludup.

Difahamkan, pasangan itu bekerja dengan seorang lagi lelaki warga Pakistan yang menjalankan perniagaan di sebuah kedai runcit di Jalan Bukit Marak.

Lelaki berkenaan dipercayai membekalkan rokok kepada beberapa kedai runcit milik warga Pakistan di kawasan berhampiran.

Dibayar RM1,500 Sebulan

Menurut Ahmad Radzi, lelaki yang ditahan bertanggungjawab menghantar dan menjaga bekalan rokok bagi pihak majikannya dengan bayaran RM1,500 sebulan.

Bekalan rokok tidak bercukai itu pula dipercayai diperoleh daripada seorang lelaki lain yang kini masih dalam siasatan.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!