Tiga Lelaki Rohingya Ditahan Di Tanah Merah, Dua Guna Kad UNHCR Palsu

Tiga lelaki etnik Rohingya ditahan selepas dua daripada mereka dipercayai menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) palsu dalam sekatan jalan raya (SJR) di Lalang Pepuyu, dekat Tanah Merah.

Kesemua suspek yang berusia antara 21 hingga 28 tahun ditahan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan yang dijalankan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira jam 9 malam.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota bertugas menahan sebuah kereta jenis Chevrolet Optra berwarna kelabu yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati pemandu berusia 28 tahun memiliki kad UNHCR yang masih sah, namun dua penumpang lain mempunyai kad UNHCR yang meragukan dan disyaki palsu.

Dakwa Mahu Melawat Saudara Sakit

“Pemandu ditahan kerana disyaki menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pendatang asing tanpa izin mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63.

“Dua penumpang pula disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana disyaki memalsukan dokumen perjalanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak PGA turut merampas sebuah Chevrolet Optra bernilai RM40,000, empat telefon bimbit bernilai RM4,000 serta tiga kad UNHCR.

Rumah Yang Dinyatakan Tidak Wujud

Hasil siasatan awal mendapati pemandu memasuki Malaysia pada tahun 2019 melalui Pulau Langkawi sebelum bekerja sebagai buruh binaan di Johor Bahru selama lima tahun.

Menurut Ahmad Radzi, pemandu kemudian berpindah ke Kajang Utama, Selangor bersama isteri dan anaknya yang juga warga Myanmar.

“Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek saling mengenali ketika bekerja dalam sektor pembinaan di Johor Bahru pada tahun 2019.

“Mereka mendakwa sedang dalam perjalanan dari Kajang Utama ke Batu Karang, Pasir Mas untuk melawat ibu saudara yang sakit. Namun pemeriksaan di lokasi mendapati rumah yang dimaksudkan tidak wujud,” katanya.


Kesemua suspek bersama barang kes ditahan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah sebelum dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!