Rifdean Masdor Jadi Petarung Ketiga Malaysia Raih Kontrak ONE Championship

Petarung Muay Thai negara, Mohammad Rifdean Masdor mencipta satu lagi pencapaian membanggakan apabila menerima kontrak profesional bersama ONE Championship bernilai AS$100,000 (sekitar RM413,000) selepas aksi cemerlang di Bangkok, Thailand.

Atlet berusia 23 tahun itu mengesahkan tempatnya dalam organisasi berprestij tersebut selepas menewaskan wakil Iran, Javad Mozafari menerusi knockout (KO) pada pusingan pertama dalam kejohanan The Inner Circle 19 di Stadium Lumpinee.

Hanya Perlukan 94 Saat Untuk Menang

Dalam pertarungan kategori atomweight itu, Rifdean hanya memerlukan 1 minit 34 saat untuk menamatkan cabaran lawannya.

Dikenali dengan gelaran ‘Magic Boy’, beliau mempamerkan aksi agresif sejak awal sebelum menghadiahkan KO meyakinkan yang sekali gus meneruskan rekod cemerlangnya di pentas ONE Championship.


Kemenangan tersebut juga menyaksikan Rifdean melakar lima kemenangan berturut-turut dan melayakkannya menerima kontrak profesional bersama organisasi berkenaan.

Turut Raih Bonus Persembahan

Selain kontrak bernilai AS$100,000, Rifdean turut menerima bonus persembahan sebanyak 350,000 Baht (kira-kira RM44,000) hasil aksi memukau yang dipamerkannya.

Selepas pertarungan, beliau mengakui kemenangan tersebut cukup bermakna dan menyifatkan cabaran terbesar yang dihadapinya adalah mengatasi dirinya sendiri.


“Pertarungan ini sebenarnya adalah saya menentang diri saya sendiri. Ia bukan menentang sesiapa. Saya lawan diri saya sendiri.

“Untuk pertarungan akan datang, saya akan jadi lebih baik dan sentiasa berdisiplin,” katanya.

Ikut Jejak Jojo Dan Iman Aliff

Kejayaan itu menyaksikan Rifdean menjadi petarung Malaysia ketiga menerima kontrak tetap bersama ONE Championship.

Beliau kini mengikuti jejak Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang terlebih dahulu mencipta nama dalam organisasi berkenaan.

Pencapaian tersebut sekali lagi membuktikan atlet Muay Thai Malaysia mampu bersaing dan mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.

Sumber: One Championship, Berita Harian, Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!