Dilabel MP Rohingya, Ahli Parlimen Pasir Mas Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Salim Iskandar yang didakwa memfitnah dirinya sebagai ahli parlimen daripada etnik Rohingya.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Pasir Mas itu menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh individu berkenaan sebagai keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Menurut beliau, tindakan undang-undang akan dimulakan bagi mempertahankan reputasinya daripada tuduhan yang disifatkan sebagai fitnah.

“Saya sudah mengarahkan peguam saya untuk memulakan tindakan undang-undang kepada individu ini di atas hantaran fitnah,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fadhli turut berkongsi paparan Facebook milik Salim yang dikenali sebagai Parpukari.

Paparan tersebut memuatkan poster yang tertera ayat: “Tahniah YB Fadhli Shaari etnik Rohingya pertama berjaya jadi ahli Parlimen di Malaysia.”

716592078_1532565984892597_4445401118319528914_n


Selain itu, individu terbabit turut mengaitkan isu kebanjiran pelarian Rohingya di negara ini dengan pemimpin PAS berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan lanjut mengenai tindakan undang-undang yang bakal difailkan atau maklum balas daripada pihak yang dinamakan dalam hantaran tersebut.


Sumber: Malaysiakini

SHARE:

TERKINI

PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!