1,494 Pelajar Cemerlang Dirai, Rekod Kecemerlangan Pendidikan Kelantan Terus Meningkat

Seramai 1,494 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STPM dan STAM bagi tahun 2025 diraikan Kerajaan Kelantan pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2025 yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,300 pelajar yang menerima pengiktirafan pada tahun sebelumnya.

Pendidikan Terus Jadi Keutamaan

Menteri Besar Kelantan berkata, peningkatan tersebut membuktikan agenda pendidikan yang diberi keutamaan oleh kerajaan negeri terus membuahkan hasil.

pelajar cemerlang kelantan dirai

Menurut beliau, tiada jalan pintas untuk melahirkan generasi yang mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara selain melalui kekuatan ilmu serta pembinaan sahsiah.

Beliau turut mengingatkan pelajar yang akan melanjutkan pengajian supaya memiliki sifat 'tamayyuz', iaitu tampil unik dan berbeza melalui keperibadian, nilai serta cara hidup yang mencerminkan sahsiah seorang Muslim.

Hargai Guru Dan Ibu Bapa

Dalam masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada para guru dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang serta sumber inspirasi kepada kejayaan anak-anak.

Katanya, pengorbanan dan doa daripada kedua-dua golongan itu menjadi asas kepada setiap kejayaan yang diraikan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan berharap kejayaan tersebut menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan lebih besar pada masa hadapan serta mengharumkan nama Kelantan, agama dan negara.

SHARE:

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!