Samakan Lepasan Tahfiz Dengan UEC Tidak Tepat, Pelajar Tahfiz Ambil SPM

Naib Presiden PAS, Dato' Nik Mohd Amar Abdullah menyifatkan tindakan menyamakan lepasan tahfiz dengan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai tidak tepat dan tidak wajar.

Menurut beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, lepasan tahfiz telah lama mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan diri ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sama seperti pelajar aliran perdana Kementerian Pendidikan (KPM).

“Tahfiz Ikut Kurikulum Kebangsaan, Ambil SPM”

Mohd Amar menegaskan, mengaitkan isu laluan kemasukan IPTA dengan lepasan tahfiz seolah-olah memberi laluan khas kepada mereka adalah satu penipuan fakta.

Katanya, ia juga merupakan cubaan memperdaya rakyat serta mencabar prinsip pendidikan negara.

Pelajar Tahfiz Turut Belajar Subjek Akademik

Dalam kenyataan hari ini, beliau menjelaskan pelajar tahfiz bukan sahaja menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama Islam, malah turut mempelajari mata pelajaran akademik seperti:

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiyah, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah serta Tasawwur Islam.

Ramai Ambil SPM Dan STAM

Tambahnya, sebahagian besar pelajar tahfiz turut menduduki peperiksaan awam kebangsaan terutamanya SPM dan STAM, yang setanding pelajar sekolah kebangsaan.

“Ini bermakna lepasan tahfiz telah memenuhi syarat asas kemasukan ke IPTA, sama seperti pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) biasa,” katanya.

Calon Persendirian Melalui Fast Track SPM

Menurut beliau, bagi pelajar tahfiz yang tidak mengikuti kurikulum kebangsaan sepenuhnya seperti di madrasah atau pondok, mereka masih boleh mendaftar SPM sebagai calon persendirian.

Katanya, ia dilakukan melalui program Fast Track SPM yang ditawarkan oleh banyak institusi pendidikan.

“Tahfiz Tak Pernah Tuntut Sijil Dalaman Diiktiraf Setaraf SPM”

Mohd Amar berkata, sekolah dan madrasah tahfiz tidak pernah menuntut agar sijil dalaman mereka diberi pengiktirafan setaraf SPM untuk kemasukan IPTA.

Sebaliknya, katanya, pelajar tahfiz akur dan bersedia menduduki peperiksaan kebangsaan yang ditetapkan kerajaan.

“Tak Tepat Jadikan Tahfiz Hujah Sokong UEC”

Beliau menegaskan, adalah tidak tepat menjadikan sekolah tahfiz sebagai hujah untuk menyokong pengiktirafan sijil peperiksaan asing seperti UEC yang berada di luar kerangka sistem pendidikan kebangsaan.

Tambahnya, lepasan tahfiz juga telah lama membuktikan kemampuan menyeimbangkan hafazan al-Quran dengan kecemerlangan akademik melalui peperiksaan kebangsaan.

“Menghalalkan Tuntutan Politik Pihak Tertentu”

Mohd Amar turut menyifatkan tindakan menyamakan kedudukan sekolah tahfiz dengan sekolah yang menggunakan sistem peperiksaan selain kebangsaan sebagai tidak wajar.

“Oleh itu, tidak wajar menyamakan kedudukan sekolah tahfiz dengan sekolah yang menggunakan sistem peperiksaan selain kebangsaan hanya untuk menghalalkan tuntutan politik pihak tertentu.

“Tindakan ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.


Sumber: Malaysia Gazette

SHARE:

TERKINI

Kelantan Nafi UEC Jadi Syarat Kemasukan Program Asasi KIAS, Hanya SPM Diiktiraf
|
Kerajaan Kelantan menafikan bahawa kelayakan Unified Examination Certificate (UEC)…
7 GRO Warga Asing, 3 PATI Myanmar Ditahan Di Kota Bharu
|
Kegiatan tujuh wanita warga asing yang dipercayai menyalahgunakan pas…
Kes Bunuh OKU Di Bachok: Pasangan Suami Isteri Pula Direman
|
Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh…
Rumah Macam Wad, Wanita Di Tumpat Tabah Jaga Suami Terlantar, Ibu Dan Adik Sakit Kronik
|
Seorang wanita di Tumpat tidak pernah mengeluh atau merungut…
Kanak-Kanak 2 Tahun Terima 20 Jahitan Selepas Diserang Kera Dalam Rumah Di Peringat
|
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan apabila menerima lebih…
Rakyat Kelantan Cintakan Majlis Ilmu, Ribuan Hadir Sambut UAS Di 3 Daerah
|
Kehadiran penceramah terkenal dari Indonesia, Prof. Dr. Ustaz Abdul…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!