Ketua Pemuda Amanah Bachok Kesal Dikompaun RM25,000 Oleh MCMC Isu Poster Minyak

Ketua Pemuda Amanah Bachok, Abdullah Aqili Romeli meluahkan rasa kesal selepas dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atas dakwaan menyebarkan berita palsu.

Abdullah Aqili, 35, berkata dia mengakui terkhilaf kerana memaparkan poster mengandungi maklumat tidak sahih, namun mendakwa tindakannya dibuat dengan niat untuk mengkritik agensi kerajaan yang menurutnya tidak memainkan peranan sewajarnya.

Menurutnya, dia menyedari poster mengenai kenaikan harga minyak itu turut disebarkan ramai pihak, sebelum memuat naik hantaran secara sinis bagi menegur tindakan agensi kerajaan yang dilihat tidak bertindak.

“Saya sudah menjelaskan perkara itu kepada pegawai penyiasat (MCMC), namun nampaknya ia tidak diambil kira sekali gus dikompaun RM25,000,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, MCMC dilaporkan menerima keputusan daripada Jabatan Peguam Negara berhubung kertas siasatan kes penyebaran berita palsu berkaitan kenaikan harga bahan api susulan krisis di Asia Barat.

Menurut laporan, Jabatan Peguam Negara memutuskan satu kes untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang manakala lima kes ditawarkan kompaun dan empat kes lagi diberikan surat amaran.

Susulan itu, MCMC mengeluarkan lima tawaran kompaun kepada individu terbabit dengan nilai RM25,000 setiap seorang, termasuk Abdullah Aqili.

Dalam pada itu, Abdullah Aqili berkata dia akan mengemukakan rayuan bagi mempertimbangkan semula keputusan kompaun tersebut.

“Saya akan kemukakan rayuan susulan keputusan ini, saya harap pihak MCMC dapat mempertimbangkannya.

“Sebagai pimpinan parti kerajaan di peringkat akar umbi, saya juga memainkan peranan memberi penjelasan dalam usaha dan dasar Kerajaan Madani,” katanya.

Beliau turut memohon supaya MCMC memulangkan telefon pintarnya yang turut dirampas dalam siasatan.


Sumber: Malaysiakini

SHARE:

TERKINI

32 Tahun Beroperasi, Kedai Keropok Musnah Dijilat Api, Kerugian Cecah RM500,000
|
Sebuah premis perniagaan keropok warisan keluarga yang sudah beroperasi…
Cikgu Borong 100kg Durian Musang King Di Gua Musang, Muat Dalam Volkswagen Beetle
|
Musim durian kali ini bukan sahaja membawa lambakan buah,…
Lelaki Ditahan Bersama 1,070 Pil Yaba Bernilai RM10,700 Dalam Axia
|
Tindakan seorang lelaki menyimpan lebih 1,070 pil yaba bernilai…
Juruwang Songlap Pin Touch ‘n Go Pasar Raya Lebih RM500,000 Sejak 2022
|
Tindakan seorang bekas juruwang pasar raya menyalahgunakan mesin terminal…
Imam Kelantan Kini Miliki Sijil Kemahiran Malaysia Dalam Pengurusan Masjid
|
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)…
Penjaring Gol Terpantas Piala Dunia Kini Jadi Pelarian Di Amerika Syarikat
|
Nama Hakan Sukur pernah disanjung sebagai antara pemain bola…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!