Sindiket Diesel Bersubsidi Nelayan Tumpas, 4 Bot Dirampas Di Kampung Geting

Sindiket yang dipercayai memanipulasi bekalan diesel bersubsidi untuk nelayan berjaya ditumpaskan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas empat bot dalam satu serbuan di jeti nelayan Kampung Geting, Pengkalan Kubor, Tumpat semalam.

Serbuan yang dijalankan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) pada jam 4.53 petang itu membawa kepada rampasan 3,300 liter diesel, selain penahanan empat lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, sindiket berkenaan dipercayai melakukan aktiviti pengumpulan diesel dengan memindahkan barang kawalan itu daripada bot kecil ke bot bersaiz besar menggunakan pam.

“Aktiviti pemindahan dilakukan menggunakan pam dan hos selain mengubah suai tangki tambahan serta ruang simpanan ikan bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya ketika sidang media hari ini.

Pindah Diesel Dari Bot Kecil Ke Bot Besar

Menurut Aswadi, siasatan awal mendapati sindiket terbabit dipercayai memanipulasi bekalan diesel bersubsidi yang disyaki diperuntukkan kepada nelayan.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber diesel berkenaan diperoleh.

“Empat lelaki tempatan turut ditahan dan ketika serbuan, mereka sedang menjalankan kerja pemindahan diesel dari bot kelas A ke C,” katanya.

Disyaki Seludup Ke Thailand Melalui Laut

Aswadi berkata, diesel yang dikumpulkan itu dipercayai akan diseludup ke Thailand melalui jalan laut, selain sebahagiannya dijual kepada pengusaha kapal besar.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM722,176.

Katanya, empat bot kelas A dan C turut disita dan pihaknya kini sedang mengesan pemilik bot terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.

18 Stesen Minyak Sempadan Dikenal Pasti ‘Hot Spot’

Dalam perkembangan lain, Aswadi memaklumkan pihaknya sedang dalam proses bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi pelaksanaan syor Jemaah Menteri untuk menempatkan anggota polis di stesen minyak.

Menurutnya, sebanyak 18 stesen minyak yang beroperasi dalam lingkungan 25 kilometer dari sempadan dikenal pasti sebagai kawasan panas atau ‘hot spot’ membabitkan daerah Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah.

“Setakat ini kita mendapat maklum balas dan kerjasama yang baik selain sedang adakan perbincangan dengan pihaknya untuk melaksanakan syor terbabit,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Ditemukan Maut Dengan Kesan Tikaman Dalam Bilik Mandi Di Kota Bharu
|
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan maut dengan kesan…
Kerajaan Kelantan Tegas Terhadap Perlombongan Haram Selepas Tragedi Di Jeli
|
Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap…
Laluan Jalan Lojing – Gua Musang Kini Dibuka Semula Kepada Semua Kenderaan
|
Laluan FT185 Seksyen 107.60 Jalan Lojing – Gua Musang…
45 Rumah Di Pasir Mas Dikesan Buat Sambungan Haram Bekalan Air
|
Sebanyak 45 rumah di kawasan perumahan Prima Lubok Jong,…
Penoreh Getah Dipenjara 12 Bulan Cederakan Anggota Polis Di Gua Musang
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh…
Empat Motosikal Polis Trafik Musnah Dalam Kebakaran Di IPD Pasir Puteh
|
Empat motosikal polis trafik musnah dalam satu kebakaran yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!