Anwar Tegur Pemimpin Politik, “Parti Kerajaan, Parti Pembangkang, Jangan Bebal Tak Tentu Arah”

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pemimpin semua parti politik yang disifatkan seakan menafikan usaha keras kerajaan dalam menangani kesan ekonomi akibat peningkatan harga minyak susulan krisis tenaga berpunca daripada konflik di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berusaha sedaya upaya mengekalkan harga petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter yang disifatkan antara paling rendah di dunia, selain masih menanggung subsidi diesel bernilai RM6 bilion sebulan untuk sektor tertentu.

“Dikritik saya dan kerajaan padahal seupaya ikhtiar kita (harga) RON95 itu antara paling rendah di dunia. Dalam keadaan gawat kita turunkan (had subsidi) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan itu pun dikecam.

“Untuk diesel kenaikan harganya memang memberi kesan kepada rakyat tetapi untuk petani, nelayan, pengangkutan awam semua itu diberikan subsidi yang jumlahnya RM6 bilion sebulan. Bayangkan 10 bulan sudah RM60 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sesi Ramah Mesra bersama warga dan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Kangsar pada Rabu.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah yang mewakili Menteri Besar.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan kerajaan tidak boleh mengambil langkah yang membebankan rakyat berpendapatan rendah, namun pada masa sama negara memerlukan sumber kewangan untuk terus berfungsi.

“Nak cukai orang susah, orang marah... Tiada cukai wang (negara) tiada. Jadi inilah masa untuk kita bincang cara baik... Parti kerajaan, parti pembangkang, jangan bebal tak tentu arah... Nak jadi pemimpin masyarakat, nak utarakan komen harus berdasarkan ilmu,” katanya.

Minta Semua Pihak Renung Situasi Negara Lain

Anwar turut meminta semua pihak merenungi situasi bekalan minyak di beberapa negara termasuk negara dalam ASEAN yang terkesan akibat krisis tenaga dunia.

“Minyak kita (RON95) RM1.99 seliter. Singapura RM10 dan di sebuah negara dalam ASEAN 400 stesen minyak ditutup. Renungkan perkara ini kerana kita tidak terkecuali daripada permasalahan ini,” katanya.

Susulan kos pengangkutan yang meningkat, beliau berkata kerajaan turut mengambil langkah berjimat dengan membatalkan semua lawatan luar negara melibatkan menteri-menteri.

“Sebab itu saya bagi arahan termasuk batalkan semua lawatan menteri-menteri ke luar negara kerana kos pengangkutan sudah tinggi,” katanya.

Anwar sebelum ini dilaporkan mencadangkan supaya satu taklimat khas diadakan melibatkan kepimpinan tertinggi pentadbiran negeri termasuk pimpinan parti politik dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan sama, Anwar menjelaskan lawatan khas beliau ke Istana Merdeka, Jakarta pada 27 Mac lalu bagi bertemu Presiden Indonesia, Prabowo Subianto diadakan atas faktor tertentu yang disifatkan penting demi urusan keselamatan negara.

Menurutnya, lawatan itu berlangsung sekitar tiga jam sebelum beliau bergegas pulang ke Malaysia.

“Nanti ditanya pula mengapa Perdana Menteri ke Jakarta?... Ada alasan dia... Saya pergi pun tiga jam.

“Naik pesawat sampai di lapangan terbang Jakarta lalu terus ke rumah istana Presiden Prabowo berbincang selama dua jam kemudian dia naik kereta hantar saya ke lapangan terbang untuk saya terus balik.

“Saya bukan orang muda tetapi saya lakukan ini kerana saya anggap ia tanggungjawab saya kepada negara,” katanya.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!