[VIDEO] Kapal Selam AS Tenggelamkan Kapal Perang Iran, 87 Kelasi Terkorban

Sekurang-kurangnya 87 kelasi dilaporkan terkorban manakala puluhan lagi masih hilang selepas sebuah kapal perang Iran ditenggelamkan oleh kapal selam Amerika Syarikat (AS) di luar pantai Sri Lanka pada Rabu.

Memetik laporan AFP, insiden itu berlaku ketika konflik yang tercetus susulan serangan bersama AS dan Israel ke atas Iran terus merebak ke seluruh Timur Tengah.

Menurut polis dan pegawai pertahanan, tentera laut Sri Lanka menemui 87 mayat dari perairan berhampiran bandar selatan Galle, manakala 61 lagi kelasi masih belum ditemui.

“Operasi mencari masih diteruskan bagi yang lain,” kata seorang pegawai tentera laut kepada AFP.

Terdahulu, Menteri Luar Sri Lanka, Vijitha Herath, berkata pasukan tempatan berjaya menyelamatkan 32 kelasi dan kebanyakan mereka mengalami kecederaan.

Kelasi yang diselamatkan kini menerima rawatan di Galle.

Pihak AS memaklumkan serangan terhadap kapal itu menggunakan torpedo.

“Sebuah kapal selam AS menenggelamkan kapal perang Iran yang menyangka ia selamat di perairan antarabangsa. Sebaliknya, ia ditenggelamkan oleh torpedo,” kata Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, kepada wartawan di Washington.

Beliau menyifatkan serangan itu sebagai ‘kematian senyap’ dan penenggelaman pertama kapal musuh oleh AS menggunakan torpedo sejak Perang Dunia Kedua.

“Seperti dalam perang itu, kita berjuang untuk menang," katanya.

Rakaman video periskop kapal selam Tentera Laut AS ketika kejadian turut didedahkan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat pada Rabu.


Kapal perang berkenaan dilaporkan sempat mengeluarkan isyarat kecemasan pada waktu subuh namun telah tenggelam sepenuhnya sebelum kapal penyelamat tiba, hanya meninggalkan tompokan minyak di permukaan laut.

Serangan berlaku kira-kira 40 kilometer di selatan Galle, menurut tentera laut tempatan.

Difahamkan kapal itu dalam pelayaran selepas menghadiri latihan ketenteraan di pelabuhan timur India, Visakhapatnam.

Setakat ini, Iran masih belum mengulas mengenai penenggelaman tersebut. Duta Tehran di Colombo, Alireza Delkhosh, juga tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen segera.

Jurucakap tentera laut Sri Lanka, Buddhika Sampath berkata tindak balas pihaknya terhadap isyarat kecemasan itu adalah selaras dengan tanggungjawab maritim negara.

“Ini berada dalam kawasan pencarian dan penyelamatan kami di Lautan Hindi,” katanya.

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!