“Tidak Sekarang, Tidak Selamanya” Iran Tolak Damai Dengan AS-Israel

Jurucakap tentera Iran memperlekehkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai perjanjian gencatan senjata, dengan mendakwa kuasa besar dunia itu kini seolah-olah berunding dengan diri sendiri.

Dalam satu video prarakaman yang disiarkan di televisyen kerajaan pada Rabu, Leftenan Kolonel Ebrahim Zolfaghari menyifatkan kuasa strategik AS kini telah bertukar menjadi “kegagalan strategik”.

“Adakah konflik dalaman anda telah mencapai tahap di mana anda kini berunding dengan diri anda sendiri?” soal beliau dalam kenyataan yang dipetik oleh laporan Associated Press.

Sindiran Susulan Pelan Gencatan Senjata

Kenyataan keras itu hadir selepas pentadbiran Donald Trump dilaporkan menghantar pelan gencatan senjata 15 perkara kepada Iran melalui perantaraan Pakistan.

Ebrahim Zolfaghari turut menegaskan bahawa era janji kosong Washington telah berakhir dan kekalahan pihaknya tidak wajar digambarkan sebagai satu perjanjian.

Pendirian Iran Kekal Tegas

Menurut beliau, pendirian Iran tidak pernah berubah sejak hari pertama dan mereka tidak akan sesekali berkompromi atau mencapai sebarang persetujuan dengan AS.

“Kata-kata pertama dan terakhir kami tetap sama sejak hari pertama, dan ia akan kekal begitu: Orang seperti kami tidak akan pernah berdamai dengan orang seperti kamu.

“Tidak sekarang, tidak selama-lamanya,” katanya.


Sumber: Agensi berita antarabangsa

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!