Jet F-35 Milik Amerika Syarikat Terkena Tembakan Iran

Sebuah jet pejuang F-35 Lightning II milik Tentera Amerika Syarikat dilaporkan melakukan pendaratan cemas di sebuah pangkalan udara di Asia Barat selepas dipercayai terkena tembakan dari Iran.

Menurut laporan CNN, jurucakap CENTCOM, Kapten Tim Hawkins memaklumkan pesawat itu sedang melaksanakan misi tempur di ruang udara Iran ketika insiden berlaku.

Katanya, pesawat berkenaan berjaya mendarat dengan selamat dan juruterbang berada dalam keadaan stabil.

“Pesawat mendarat dengan selamat, dan juruterbang berada dalam keadaan stabil. Insiden ini sedang disiasat,” katanya.

Insiden ini dipercayai kali pertama Iran berjaya mengenai pesawat Amerika Syarikat sejak konflik bermula pada penghujung Februari lalu.

Difahamkan, kedua-dua pihak Amerika Syarikat dan Israel menggunakan jet F-35 dalam operasi ketenteraan mereka, dengan kos sebuah pesawat mencecah lebih AS$100 juta.


Beberapa Insiden Lain

Setakat ini, Amerika Syarikat dilaporkan kehilangan beberapa pesawat lain dalam konflik berkenaan, namun sebelum ini tiada yang disahkan terkena tembakan musuh.

Antara insiden lain:

  • Tiga jet F-15 Eagle tersilap ditembak jatuh oleh pertahanan udara Kuwait, namun semua enam kru sempat melancarkan diri.
  • Sebuah pesawat pengisi minyak KC-135 Stratotanker terhempas di barat Iraq, dengan punca masih belum dikenal pasti.


Sumber: CNN

SHARE:

TERKINI

Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!