Jambatan Baharu Lata Rek Siap 90%, Dapat Digunakan Sebelum Aidilfitri

Jambatan baharu yang dibina bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun yang runtuh pada 1 Januari lalu di Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai kini telah siap kira-kira 90 peratus.

Kemudahan tersebut dijangka boleh digunakan sepenuhnya seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.

Tinjauan di lokasi mendapati kerja-kerja penurapan jalan serta mengecat jambatan sedang giat dijalankan bagi menyiapkan projek berkenaan.

Dinamakan Sempena Pengantin

Wakil penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 54, berkata jambatan tersebut akan dinamakan sempena anak perempuannya, Wan Jamilah yang merupakan pengantin pada hari kejadian titi runtuh.

“Saya rasa terharu juga apabila pihak berkenaan minta letak nama pada jambatan ini. Kata mereka nama tersebut bagi memperingati peristiwa yang telah berlaku.

“Jadi saya rasa nama Wan Jamilah sesuai kerana ia berlaku pada hari perkahwinannya,” katanya.

Menurutnya, pembinaan jambatan baharu itu memberi kegembiraan kepada penduduk kampung yang sekian lama mengharapkan kemudahan tersebut.

Beliau berkata mereka juga telah memaklumkan perkembangan itu kepada anak-anak perantau yang kini tidak sabar untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.

“Jambatan baharu sepanjang 35 meter itu hanya boleh dilalui kenderaan ringan serta pikap sahaja. Lori kami tidak benarkan,” katanya.

Ganti Titi Gantung Runtuh

Sebelum ini penduduk Kampung Chatel Damai melahirkan rasa syukur apabila kerajaan meluluskan peruntukan segera bagi membina jambatan baharu selepas titi gantung berusia 24 tahun runtuh pada 1 Januari lalu.

Jambatan sepanjang 35 meter itu dianggarkan menelan kos kira-kira RM200,000 dan boleh dilalui pejalan kaki, motosikal, kereta, kenderaan pacuan empat roda serta trak pikap.

Insiden runtuhan titi tersebut berlaku ketika majlis kenduri perkahwinan apabila lebih 50 tetamu terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai sekitar jam 2 petang.

Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki patah kaki akibat terjatuh di atas batu, manakala seorang kanak-kanak cedera di kepala serta tiga lagi mengalami luka ringan dan sesak nafas.


Sehari selepas kejadian, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan penggantian segera titi gantung berkenaan bagi memastikan keselamatan dan kemudahan penduduk setempat.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!