Hasil Padi Kelantan Dijangka Susut Hingga 40 Peratus Akibat Kemarau

Hasil padi di Kelantan dijangka berkurangan sehingga 40 peratus pada musim ini susulan kemarau berpanjangan yang menjejaskan bekalan air ke kawasan sawah.

Pengerusi Persatuan Pesawah Kelantan (PESAK), Zuha Ismail, berkata keadaan itu berlaku kerana bekalan air sedia ada tidak mampu menampung keperluan pesawah, terutama apabila air tidak dapat dipam secukupnya ke sawah.

Menurut beliau, tanaman padi melibatkan kira-kira 26,000 hektar yang diusahakan lebih 5,000 pesawah kini berusia antara 85 hingga 120 hari, manakala sebilangan kecil sudah mula dituai.

“Namun kebanyakan padi akan dituai pada bulan depan dan disebabkan sejak proses menabur turut berdepan masalah bekalan air menyebabkan hasil tanaman akan berkurangan sehingga 40 peratus.

“Bekalan air di tali air ada, namun untuk pam air berkenaan ke sawah tidak mencukupi menyebabkan sebahagian kawasan tidak menerima air secukupnya,” katanya ketika dihubungi.

Harga Diesel Naik, Pesawah Pertimbang Tangguh Musim Baharu

Dalam pada itu, Zuha berkata kenaikan harga diesel yang mendadak turut menyebabkan ada dalam kalangan pesawah mengambil keputusan untuk menangguhkan proses penanaman padi bagi musim pertama tahun ini yang dijadualkan pada Jun.

Justeru, beliau meminta kerajaan mempertimbangkan semula harga pembelian padi yang kini pada kadar RM1,500 per tan, susulan kenaikan kos operasi.

“Ramai di kalangan kami mengambil keputusan untuk tangguh dahulu bagi penanaman padi musim baharu kerana gusar dengan pelbagai kos yang semakin meningkat susulan kenaikan kos diesel.

“Kebanyakan pesawah mahu melihat dahulu pendekatan diambil kerajaan termasuk meningkatkan harga belian padi,” katanya.

El-Nino Dijangka Terus Panaskan Dunia

Sebelum ini, media melaporkan pakar klimatologi dan perubahan iklim menjangkakan tahun ini bakal merekodkan suhu dunia paling panas susulan fenomena El-Nino dan kesan pemanasan global.

Pakar Klimatologi dan Perubahan Iklim, Prof Emeritus Dr Fredolin Tangang, dilaporkan berkata fasa El-Nino berupaya meningkatkan suhu dunia, dengan 2024 diisytiharkan sebagai tahun terpanas dunia susulan peningkatan 1.55 darjah Celsius.


Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Warga Emas 83 Tahun Maut Cedera Parah Di Kepala Di Baung Bayam, Kota Bharu
|
Polis Kelantan mengesahkan seorang lelaki warga emas maut akibat…
Ibu Di Kuala Krai Tabah Jaga Bayi Hidrosefalus, Harap Anak Membesar Sihat
|
Bagi seorang ibu, melihat anak membesar dengan sihat sudah…
Bengkel Buat Bakul Lori Terbakar Di Wakaf Bharu, Kerugian Cecah RM40,000
|
Seorang pemilik bengkel membuat bakul lori mengalami kerugian lebih…
Penghantar Makanan Hilang Kaki, Ibu Rayu Pemandu Langgar Lari Bertanggungjawab
|
Seorang ibu tidak mampu menahan sebak apabila anak lelaki…
Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Jawatan Kosong Kelantan