Stesen Pam Kemubu 4 Bernilai Hampir RM 20 Juta Dijangka Beroperasi Penuh Awal Februari

Stesen Pam Kemubu 4 yang berupaya membekalkan air ke kawasan sawah padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) ketika musim kemarau dijangka dapat berfungsi sepenuhnya pada awal bulan depan.

Pengerusi Kada, Khalid Abdul Samad berkata, ujian awal yang dijalankan terhadap dua daripada lapan pam di stesen berkenaan berjalan lancar seperti dirancang.

Menurut beliau, stesen yang menelan kos hampir RM20 juta itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Februari ini, termasuk empat pam yang terletak di Lemal, Pasir Mas.

“Kita yakin Kemubu 4 mampu menyediakan bekalan air yang mencukupi bagi 16,000 hektar kawasan sawah Kada, melibatkan lebih 4,000 pesawah di Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

“Justeru, Kada memutuskan hanya Stesen Pam Kemubu 2, 3 dan 4 akan digunakan pada masa hadapan. Rumah Pam Kemubu 1 yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein pada 2 Mac 1973 pula akan dimansuhkan daripada operasi penuh selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi ujian awal sistem pam Stesen Pam Kemubu 4 di sini, hari ini.



Khalid turut menjelaskan, Stesen Pam Kemubu 1 masih menggunakan sistem lama yang memerlukan paras air minimum 4.9 meter untuk berfungsi, satu keperluan yang semakin sukar dicapai dalam keadaan iklim semasa.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!