Dua Khemah Jualan Mercun Terbakar Di Wakaf Che Yeh

Suasana pagi di Wakaf Che Yeh bertukar cemas apabila dua khemah jualan mercun di tepi jalan utama terbakar dalam kejadian pada Selasa.

Insiden kira-kira jam 10 pagi itu turut mengundang kebimbangan pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim, Ahmad Fakarudin Berahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi sebelum jentera tiba enam minit kemudian.

Menurutnya, kebakaran melibatkan dua khemah bersaiz kira-kira 37 meter persegi yang digunakan untuk menjual mercun.

“Turut terbakar dua motosikal dan terdapat kesan bahang serta asap pada struktur kedai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Operasi pemadaman melibatkan anggota dari BBP Kota Darul Naim, BBP Tunjung dan BBP Kota Bharu dengan penggunaan jentera termasuk FRT-1 dan EMRS-1.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 10.25 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.44 pagi.

Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

3 Pekerja Dikurung Hampir Tiga Minggu, Kaki Dirantai Selepas Disyaki Curi Barangan Syarikat
|
Tiga pekerja sebuah syarikat percetakan didakwa dikurung selama hampir…
Wanita Kelantan Pilih Lelaki Asing Sebagai Suami, Beri Elaun, Peluang Berniaga
|
Semakin ramai wanita di Kelantan, khususnya golongan janda dan…
Remaja 18 Tahun Ditahan Bersama Sejumlah Haiwan Dilindungi Di Tumpat
|
Seorang remaja berusia 18 tahun ditahan selepas dipercayai memelihara…
Hafizah 30 Juzuk, Bekas Pelajar Pondok Cemerlang STPM
|
Seorang pelajar pondok dan hafizah 30 juzuk al-Quran membuktikan…
[VIDEO] Saintis Amerika Kongsi Khasiat Durian, Puji Durian Malaysia Antara Yang Terbaik
|
Seorang ahli kimia organik dari Amerika Syarikat, Dan Gubler,…
[VIDEO] Hiyaz Community Ambil Tindakan Selepas Dahan Pokok Undang Risiko Kemalangan
|
Tular di media sosial rakaman video memaparkan sebatang pokok…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!