Doktor Pelatih Ditemui Maut Di Bilik Air Asrama Hospital Sultan Ismail Petra

Seorang doktor pelatih ditemukan meninggal dunia di bilik air asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di Kuala Krai pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 9.55 pagi.

Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah bersama anggota Balai Polis Kuala Krai kemudian bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik asrama di HSIP.

“Mangsa merupakan seorang doktor pelatih berusia 29 tahun yang ditemui meninggal dunia di bilik air,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Mazlan berkata, hasil pemeriksaan awal di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian tersebut.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik HSIP bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Punca kematian adalah disebabkan oleh tekanan pada leher dan kes disiasat sebagai laporan mati mengejut,” katanya.


Dalam masa sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai di talian 09-9666222 bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lelaki Cuba Lari Selepas Menyeberang Dari Thailand, 402 Pil Yaba Dirampas
|
Pasukan Strike Force Kompeni B Batalion 9 Pasukan Gerakan…
Dibayar RM4,000 Bawa 5Kg Ganja Dari Thailand Ke Kuala Lumpur, 2 Lelaki Ditahan Di Rantau Panjang
|
Pasukan Strike Force/Tiger Platoon Kompeni A Batalion 9 Pasukan…
Wanita Ditahan Bersama 5 Laras Senjata Api Termasuk M16 Di Kuala Krai
|
Polis menahan seorang wanita dan merampas lima laras senjata…
Polis Buru 5 Suspek Kes Tembakan Di Kemahang, Lelaki Cedera Di Dagu
|
Polis kini memburu lima suspek yang disyaki terbabit dalam…
Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Cameron Highlands
|
Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat…
“Tak Pernah Terfikir Jadi Hafiz, Tapi Di Penjara Saya Hafaz 30 Juzuk”
|
“Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bergelar hafiz,…
Jawatan Kosong Kelantan