Warga emas maut kereta bertembung treler di Gua Musang

GUA MUSANG – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta Proton Iriz yang dinaikinya bersama suami bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 12 Jalan Gua Musang–Kuala Lipis, di sini awal pagi Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, mangsa Mek Dah Ibrahim, 69, yang duduk di tempat duduk belakang bersama seorang lagi penumpang sedang dalam perjalanan pulang ke Kok Lanas, Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Scania dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah Gua Musang menghala ke Padang Tengku, Kuala Lipis, bertembung dengan kereta terbabit dari arah hadapan.

“Akibat dari pertembungan tersebut, kereta dinaiki mangsa terbabas ke bahu kiri jalan.

Kesemua pemandu dan penumpang kereta itu dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, wanita terbabit disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di hospital, manakala suaminya dan seorang lagi penumpang hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.



Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian terbabit boleh menghubungi talian 09-9121222,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!