Anggota Tentera Dakwa Cedera Dipukul, Saman Lapan Defendan Tuntut Ganti Rugi

Seorang anggota tentera memfailkan saman terhadap lapan defendan termasuk empat anggota tentera, pegawai atasan dan kerajaan Malaysia selepas mendakwa mengalami kecederaan parah akibat dipukul dalam satu kejadian pada Mac 2023 di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.

Anggota berkenaan, Muhammad Rusyairi Jalani, 25, selaku plaintif memfailkan saman tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu menerusi firma guaman Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz.

Dalam saman itu, beliau menamakan Nor Mohd Rosidi Isa, 31; Mohd Fadzli Samsuri, 40; Mohamad Faaik Bakar, 34; Noor Mustaqim Ahmad, 34; Pegawai Memerintah 16 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Leftenan Kolonel Fazul Salim Anor Salim; Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia; Tentera Darat Malaysia serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Berdasarkan writ saman dan pernyataan tuntutan, Muhammad Rusyairi menuntut ganti rugi am atas kecederaan yang dialami selain ganti rugi teladan serta khas.

Peguam plaintif, Shaharuddin Mohamed berkata, anak guamnya turut memohon mahkamah mengenakan faedah lima peratus setahun ke atas jumlah tuntutan bermula dari tarikh kejadian pada 14 Mac 2023 sehingga penyelesaian penuh.

Selain itu, plaintif juga menuntut kos guaman serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Menurut beliau, ketika kejadian plaintif merupakan anggota tentera berpangkat Prebet, manakala defendan pertama berpangkat Staf Sarjan dan defendan kedua hingga keempat berpangkat Koperal yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia di Batalion ke-16 RAMD di Kem Desa Pahlawan.

Mereka didakwa memarahi serta memukul plaintif antara jam 4 petang pada 13 Mac 2023 hingga 8.30 malam pada 15 Mac 2023 sehingga menyebabkan kecederaan serius.


Akibat kejadian itu, plaintif dilaporkan menerima rawatan di beberapa hospital termasuk menjalani pembedahan kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia pada 21 Mac 2023.

Sumber: Buletin TV3

SHARE:

TERKINI

Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!