Tiada Kes Bunuh Dan Samun Bersenjata Api Di Terengganu Selama Dua Tahun Berturut-turut

Terengganu tidak merekodkan sebarang kes bunuh dan samun bersenjata api sepanjang dua tahun berturut-turut iaitu pada 2024 dan 2025, sekali gus membuktikan negeri itu berada pada tahap keselamatan yang baik.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, pencapaian tersebut mencerminkan keberkesanan usaha serta komitmen seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu dalam mengekang jenayah, termasuk melalui pendekatan kepolisan komuniti di setiap daerah dan sekolah.

Menurut beliau, bagi tempoh 2024 dan 2025, Terengganu tidak merekodkan sebarang kes bunuh, selain tiada kes samun bersenjata api dilaporkan.

Bagaimanapun, katanya, kes rogol dan sumbang mahram menunjukkan peningkatan pada tahun 2025 dengan 94 kes direkodkan berbanding 90 kes pada 2024.

“Kebanyakan mangsa melibatkan remaja berusia antara 13 hingga 16 tahun dan peningkatan ini dipercayai dipengaruhi pendedahan kepada media sosial, termasuk kandungan tidak bermoral serta perkenalan melalui aplikasi sembang yang membawa kepada pertemuan fizikal.

“Walaupun terdapat kes melibatkan unsur suka sama suka, dari sudut perundangan, sebarang perlakuan seksual membabitkan individu bawah umur 16 tahun tetap dikategorikan sebagai rogol,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Khairi memaklumkan kes kecurian masih menjadi penyumbang tertinggi jenayah di Terengganu termasuk kecurian kabel dan besi, namun mencatatkan penurunan daripada 741 kes pada 2024 kepada 674 kes pada 2025.

Beliau berkata, kes kecurian dan pecah rumah masih berlaku tetapi berada dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Menurutnya, cabaran utama ketika ini adalah jenayah komersial yang semakin membimbangkan apabila kes penipuan, khususnya penipuan dalam talian, berlaku hampir setiap hari dan sering melibatkan golongan pesara.

Berdasarkan statistik, sebanyak 1,335 kes jenayah komersial direkodkan pada 2024 manakala 2,046 kes pada 2025, peningkatan sebanyak 711 kes atau 53.25 peratus.



Tambah beliau, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Terengganu berada di kedudukan ketujuh daripada 14 kontinjen di peringkat kebangsaan dengan kadar penyelesaian kes melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan PDRM.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta
|
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal…
Media Dedahkan Anggaran Gaji Dan Pegangan Saham Azam Baki
|
Isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…
Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Dihentak Suami Guna Lesung Batu
|
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya…
MB Kelantan Bertemu PM Di Putrajaya Perkukuh Kerjasama Negeri–Persekutuan
|
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan pertemuan bersama…
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari
|
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah…
Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan