Tiada kesan brek, polis siasat papan tanda dialih sebelum SUV jatuh gaung

Tragedi pasangan bakal pengantin yang maut selepas SUV mereka terjunam ke dalam gaung di Bukit Kawah, Hulu Terengganu kini memasuki fasa siasatan lebih mendalam dan polis mengesahkan ada petunjuk baharu yang mengejutkan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab, memaklumkan tiada langsung kesan brek di lokasi kejadian, seolah-olah kenderaan itu dipandu terus menuju laluan terputus sebelum terhumban ke bawah gaung sedalam 61 meter.

Beliau berkata, papan tanda amaran serta penghadang jalan yang sepatutnya berada di kawasan tanah runtuh itu difahamkan telah dialih oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“SUV berkenaan bergerak ke arah laluan yang ditutup akibat tanah runtuh tahun lalu. Berdasarkan serpihan yang ditemui di lereng gaung, ia tidak dipandu laju dan dipercayai terus terjunam ke bawah,” katanya.

Sharudin menjelaskan, sekiranya pemandu memandu dalam kelajuan tinggi, kenderaan biasanya akan ‘terbang’ sedikit sebelum jatuh. Namun situasi kali ini menunjukkan sebaliknya, sekali gus mengukuhkan anggapan bahawa mangsa mungkin tidak menyedari laluan di hadapan telah terputus.

Beliau memaklumkan polis percaya punca kemalangan lebih kepada kecuaian manusia, kemungkinan kerana tidak memberi tumpuan penuh ketika memandu.

Pemeriksaan terhadap dashcam SUV tersebut hanya menemui tapak alat perakam, manakala kamera dipercayai tercampak ketika kejadian.

Operasi mengeluarkan SUV itu semalam turut mengambil masa hampir empat jam akibat hujan. Kenderaan berkenaan telah dibawa ke IPD Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sharudin menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengalih atau mengganggu papan tanda keselamatan di laluan berkenaan.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa Hassan Shazali, 52, guru SK Lebir, dan pasangannya Suzaimah Che Azis, 34, pekerja kantin sekolah sama, maut di lokasi. Mereka dijadual bernikah pada 25 Disember ini.

Hassan meninggalkan lima anak berusia 8 hingga 24 tahun, manakala Suzaimah meninggalkan tiga anak berusia 7, 12 dan 15 tahun.



Jenazah Hassan dikebumikan di Pasir Puteh pada jam 9.10 malam semalam, manakala jenazah Suzaimah di Gua Musang pada jam 9.26 malam.

BACA: Sepasang bakal pengantin maut SUV jatuh gaung sedalam lebih 60 meter

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!