FAMA Kelantan Sedia Tapak Bazar Ramadan Aidilfitri Percuma Di RTC Tunjong

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan menyediakan tapak Bazar Ramadan Aidilfitri secara percuma kepada peniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar Tunjong, bermula bulan depan.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri, berkata pihaknya menyasarkan penyertaan antara 40 hingga 50 peniaga, dengan lebih 30 peniaga sudah mengemukakan permohonan setakat ini.

Menurutnya, tapak bazar disediakan secara percuma, namun peniaga perlu membayar wang deposit sebanyak RM250 sebagai komitmen dan ia akan dipulangkan sepenuhnya selepas tamat tempoh sebulan operasi bazar.

“Penganjuran Bazar Ramadan Aidilfitri di RTC Tunjong ini adalah kali pertama dilaksanakan kerana sebelum ini FAMA menganjurkan bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Karnival Jualan AgroMadani FAMA Kelantan 2026 di RTC Tunjong, malam tadi.

Abdul Rashid berkata, pemilihan RTC Tunjong dibuat kerana kawasan itu mempunyai keluasan mencukupi, kemudahan parkir yang luas dan percuma, selain persekitaran yang kondusif untuk peniaga serta pengunjung.

Menurutnya, Bazar Ramadan Aidilfitri di RTC Tunjong akan beroperasi setiap hari bermula jam 3 petang hingga 1 pagi dan menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa, barangan segar menerusi Jualan AgroMadani serta keperluan Aidilfitri.

Katanya, penganjuran bazar ini memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk berniaga dengan kos tapak yang rendah, selain diuruskan sepenuhnya oleh FAMA bagi memastikan kelancaran operasi, kebersihan serta kualiti barangan jualan.



Beliau yakin bazar ini akan menerima sambutan menggalakkan berikutan lokasi strategik, kemudahan yang disediakan serta jaminan bekalan barangan segar kepada pengguna.

Sumber: Berita Harian, Berita RTM, Bernama

SHARE:

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!