Sultan Selangor Kecewa Dengan Insiden Bakar Suar Penyokong Di Kuala Terengganu

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa terhadap insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang didakwa membabitkan penyokong Selangor FC pada 1 Februari 2026.

Sebagai Penaung Selangor FC, baginda menegaskan tidak berkenan dengan sebarang kegiatan tidak bermoral termasuk budaya samseng dan gangsterisme yang semakin menular dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya mereka yang memakai jersi pasukan Selangor FC.

Baginda mahukan pihak Polis Diraja Malaysia mencari dalang di sebalik insiden berkenaan dan sekiranya didapati bersalah, mereka yang terbabit hendaklah dikenakan hukuman maksimum serta setimpal mengikut undang-undang.

Menurut baginda, tindakan tegas itu penting sebagai pengajaran kepada penyokong Selangor FC yang lain supaya insiden seumpamanya tidak berulang pada masa akan datang.

Dalam kenyataan yang sama, baginda turut menyeru semua penyokong Selangor FC agar sentiasa mengawal tingkah laku, menjaga disiplin serta memelihara nama baik pasukan dan negeri.



Baginda juga mencadangkan supaya penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan tersebut.

Sumber: Selangor Royal Office

SHARE:

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta
|
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal…
Media Dedahkan Anggaran Gaji Dan Pegangan Saham Azam Baki
|
Isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…
Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Dihentak Suami Guna Lesung Batu
|
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya…
MB Kelantan Bertemu PM Di Putrajaya Perkukuh Kerjasama Negeri–Persekutuan
|
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan pertemuan bersama…
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari
|
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah…
Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan