Projek KB Sentral Catat Perkembangan Positif, Kerajaan Negeri Pantau Rapat Sampai Siap

Perkembangan terbaharu projek KB Sentral membawa khabar positif apabila fasa awal kerja perawatan tanah yang bermula sejak 20 Januari lalu menunjukkan kemajuan.

Menurut perkongsian di Facebook Dato’ Dr Izani Husin, kerja-kerja ‘site clearing’ sudah selesai sepenuhnya.

Tanah di kawasan projek telah diratakan manakala semak-samun juga dibersihkan sebagai persediaan memasuki fasa seterusnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air & Pembangunan Luar Bandar Kelantan memaklumkan, kerja berikutnya adalah proses ‘remove & replace’ tanah sedia ada dengan tanah baharu.

Menurutnya, komitmen kerajaan negeri adalah untuk terus memantau rapat perkembangan projek KB Sentral sehingga ia siap sepenuhnya.


“Komitmen kerajaan negeri akan sentiasa memantau rapat perkembangan KB Sentral sehinggalah ianya siap sepenuhnya. InsyaAllah,” katanya.

SHARE:

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!