Pokok Tualang LTU Gua Musang Ditanam Semula Di Kampung Sungai Bayu

Pokok tualang berusia lebih 120 tahun yang ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 2A di Gua Musang akan ditanam semula atau ditimbus di kawasan berhampiran tapak projek di Kampung Sungai Bayu.

Koordinator Projek LTU Pakej 2A, Fizal Irwan Abdul Wahid berkata, potongan pokok itu kini dipantau rapi oleh pihak kontraktor sebelum kerja-kerja menanam dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Perhutanan.

Menurut beliau, langkah menanam semula atau menimbus sisa pokok akan dilaksanakan dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada pengurusan alam sekitar di tapak pembinaan.

“Kita akan membuat proses pemotongan sebelum menanam semula sisa pokok berkenaan di kawasan tanah di lokasi sama tempat pohon itu sebelum ia ditebang. Tindakan ini dibuat selepas pihak Jabatan Perhutanan memberi kebenaran,” katanya.

Terdahulu, sebatang pokok tualang setinggi kira-kira 60 meter, berusia lebih 120 tahun dan berada berhampiran Kampung Sungai Bayu ditebang selepas kedudukannya berada tepat di laluan jajaran jalan LTU Pakej 2A yang menghalang kerja pembinaan.


Proses penebangan melibatkan kira-kira 40 petugas dan mengambil masa hampir tiga jam bermula sekitar jam 9.15 pagi, selepas mendapat kelulusan Jabatan Perhutanan.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Polis Nafi Tak Ambil Tindakan Kes Lelaki Dipukul Ramai-Ramai Di Wakaf Bharu
|
Tular di media sosial dakwaan kononnya pihak polis tidak…
Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
Jawatan Kosong Kelantan