Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi amaran tegas kepada peniaga bazar Ramadan supaya mematuhi peraturan termasuk kewajipan meletakkan tanda harga atau berdepan tindakan dalam tempoh 24 jam.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kegagalan mempamerkan tanda harga merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang dan tidak boleh dipandang ringan.

“Ya, itu salah satu undang-undang yang wajib dipatuhi. Kita harap rakan media yang turun ke bazar Ramadan boleh bantu salurkan maklumat jika ada peniaga tidak letak tanda harga.

“Maklumkan bazar mana, kita akan pantau pada kadar segera. Komitmen kita, apa-apa isu berkaitan harga termasuk penandaan harga, kita akan ambil tindakan susulan dalam tempoh 24 jam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB).

Menurut beliau, penguat kuasa KPDN akan bergerak ke bazar Ramadan bagi memantau elemen pencatutan serta pematuhan peniaga terhadap kewajipan mempamerkan tanda harga.

Armizan turut menjelaskan, kerajaan mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi bagi mengelakkan gangguan rantaian bekalan yang boleh menjejaskan keseimbangan permintaan dan penawaran.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Penstabilan Bekalan yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN bagi menyelaras isu bekalan khususnya dalam tempoh perayaan.

“Jawatankuasa tersebut melibatkan kerjasama rentas kementerian termasuk Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) bagi memastikan bekalan mencukupi ketika permintaan meningkat.

“Kalau sebelum ini Perdana Menteri pun ada menyebut sudah dua tahun menjelang perayaan ini tidak ada isu yang terlalu besar.


“Kita akan teruskan untuk pastikan tahun ini pun bukan hanya menjelang Ramadan dan Aidilfitri bagi memastikan isu bekalan ini mencukupi seterusnya mengelakkan harga tidak melambung tinggi,” katanya.

Sumber: Kosmo

SHARE:

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta
|
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal…
Media Dedahkan Anggaran Gaji Dan Pegangan Saham Azam Baki
|
Isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…
Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Dihentak Suami Guna Lesung Batu
|
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya…
MB Kelantan Bertemu PM Di Putrajaya Perkukuh Kerjasama Negeri–Persekutuan
|
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan pertemuan bersama…
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari
|
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah…
Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan